Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

MalayaDaily.comResepi Asam Pedas Ikan Kembung – Hari ini saya nak kongsi masakan asam pedas. Mesti ramai yang boring, macam tidak ada yang lain selain asam pedas, tapi saya dan keluarga suka asam pedas. Masakan ikan kembung memang sedap dimakan apa sahaja sesuai selera, di masak asam pedas atau hanya digoreng bumbu. Disini saya gunakan ikan kembong segar kerana kuah asam pedas boleh automatik sedap dan manis daripada ikan lama.

resepi asam pedas ikan kembung

Saya disini menggunakan 3-4 ekor ikan kembong, bendi dan tomato ceri sebagai bahan tambahan. Kalau suka, masukkan sedikit lada hitam supaya kuah asam pedas menjadi lebih wangi dan beraroma sedap. Daun kesom dan bunga kantan juga boleh digunakan sebagai bahan pelengkap rasa untuk masa asam pedas, tapi saya tak letak sebab takde pun di rumah. Jom kita layan cara masak asam pedas ikan kembong berikut ini.

 

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahan

  • 3-4 ekor ikan kembung (dicuci bersih dan toskan)
  • 15 biji tomato ceri
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 10 batang bendi (dicuci dan toskan)
  • 2 kuntum bunga kantan (@ dibelah 2)
  • 1 genggam daun kesom (dicuci dan toskan)
  • 3/4 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
  • 3/4 camca besar pes asam jawa
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 1/2 senduk nasi cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • air kosong secukupnya

Bahan kisar halus

  • 2 biji cili merah (dibuang biji)
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 keping hirisan halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan

Cara masak asam pedas ikan kembung

  1. Panaskan minyak anggaran 1/3 cawan dan tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan perang.
  2. Masukkan semua bahan kisar halus dan masak hingga harum.
  3. Tambahkan cili kisar dan masak hingga garing dan naik minyak menggunakan api kecil dan kacau selalu.
  4. Masukkan pes asam jawa dan kacau sekata.
  5. Tambahkan air anggaran 1 liter dan kacau rata hingga mendidih.
  6. Masukkan kiub ikan bilis, lada hitam, bendi dan bunga kantan, masak sekejap.
  7. Masukkan ikan kembung dan kacau perlahan.
  8. Masukkan daun kesom, gula dan garam secukup rasa.
  9. Akhir sekali, masukkan tomato dan masak sekejap.

Mudah je kan buat resepi asam pedas ikan kembung diatas? Bila anda suka dah masak asam pedas ni, sertakan bersama nasi putih, telur dadar, ulam dan petai. Untuk pekatkan kuahnya, jangan letak cili kering lebih sebab ia akan meningkatkan kepedasan. Kisar je 2-3 biji tomato dan masukkan dalam tumisan.

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung | | 4.5