Resepi Ayam Goreng Berempah Rangup

MalayaDaily.comResepi Ayam Goreng Berempah Rangup – Rakyat Malaysia memang gemar makan ayam goreng, terutamanya anak-anak. Ayam goreng hanya bersalut tepung pun ramai orang sabar beratur beli kat kedai rantaian makanan segera. Sangat berbeza dengan zaman dahulu lauk ayam menjadi lauk mewah yang hanya boleh dinikmati beberapa kali dalam setahun.

resepi ayam goreng berempah

Resepi ayam goreng berempah yang akan saya kongsikan bermula daripada ayam goreng klasik kegemaran rakyat Malaysia. Ayam goreng klasik ini tidak disalut dengan tepung, tetapi diperap dalam campuran rempah. Ia akan membuat air liur anda meleleh dan mengusik deria macam buatan chef Wan. Tapi tengok gambar sahaja sungguh tak cukup bila tak cuba sendiri di rumah. Ayam goreng berempah ini sangat sedap dan rangup.

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • beberapa helai daun limau purut (diracik halus)
  • sedikit serbuk cili
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

Bahan kisar kasar

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit

Bahan kisar halus

  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

Cara masak ayam goreng berempah

  1. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan semua bahan yang telah dikisar (kasar dan halus) ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan serbuk cili, serbuk kari daging, daun limau purut dan garam secukup rasa.
  3. Gaul ayam hingga rata dan rempah ratus menyelimuti ayam.
  4. Perap selama 1 jam sebelum digoreng.
  5. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana hingga garing, balik balikan supaya ia masak rata.
  6. Angkat dan toskan ayam.
  7. Angkat sekali rempah ratus yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng supaya tak hangit dan pahit.

Itu sahaja resepi ayam goreng berempah rangup dan simple. Rehatkan sekejap ayam diatas beberapa tuala kertas untuk mengeluarkan minyak lebihan sebelum dihidangkan. Lagi best perap ayam didalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra. Anda hanya memerlukan sepinggan nasi panas untuk dimakan bersama keluarga.

Resepi ini berkaitan dengan:

  • resepi ayam berempah rangup
  • resepi ayam goreng berempah chef wan
Resepi Ayam Goreng Berempah Rangup | Malaya Daily | 4.5