Resepi Ayam Goreng Kunyit

MalayaDaily.comResepi Ayam Goreng Kunyit – Siapa yang tak suka makan ayam? Ayam memang mudah di masak dan dapat dijadikan perlbagai resepi. Saya suka mencuba resepi satu per satu masakan baru atau masakan turun temurun yang popular. Saya biasa dapat dalam majalah, buku masak dan blog resepi lain yang memang terlihat sedap dan best. Dan salah satu resepi ayam simple yang hari ini akan saya kongsi adalah ayam goreng kunyit. Sejak kecil keluarga saya biasa menggoreng ayam dan di potong kecil-kecil kerana perlu dimakan beramai ramai. Memang zaman dahulu tak boleh bermewah mewah macam sekarang.

resepi ayam goreng kunyit

Resepi ayam goreng kunyit ini sangat sedap dan simple buatnya. Ia dapat dimasak dalam anggaran 20 minit sahaja. Sangat sesuai untuk anda yang makan hanya 2 orang. Kalau nak lebih daripada 2 orang, boleh sesuaikan dengan kuantiti. Saya masak ayam goreng kunyit bersama kacang panjang dan bawang besar, dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan terasa sangat sedap di tekak. Jika suka ayam goreng kunyit berkuah, tuangkan sahaja sedikit kicap dalam nasi.

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • 300 gm ayam (bahagian dada)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 biji cili merah (dihiris nipis)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong 2 inci)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu minyak masak

Cara masak ayam goreng kunyit

  1. Potong dada ayam menjadi kiub kecil, gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, perap anggaran 5 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam dengan menggunakan api sederhana.
  3. Kacau selalu supaya ayam tidak hangus dan keras.
  4. Masukkan bawang merah dan bawang putih, kacau terus hingga ayam hampir masak.
  5. Bila dah hampir masak, masukkan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit hingga rata.

Itu sahaja resepi ayam goreng kunyit sedap dan simple. Sangat lazat dihidangkan bersama nasi putih panas panas sambal belacan. Tak perlu lauk lain bola dah masak ayam goreng.

Resepi Ayam Goreng Kunyit | | 4.5