Resepi Ayam Masak Halia

MalayaDaily.comResepi Ayam Masak Halia – Hari ini saya akan kongsikan satu resepi yang dikongsikan seorang Chef. Bahan yang digunakan pun tak banyak sehingga senang masaknya. Kadang kala memang seharusnya kita tak perlu bersusah payah masak sesuatu hari ini untuk dihidangkan kepada keluarga. Cukup masak sesuatu yang mudah tapi istimewa kerana dibuat daripada tangan sendiri.

resepi ayam masak halia

Ayam masak halia ni paling senang dimasak. Tak payah banyak minyak, tak payah guna santan, tak payah banyak rempah. Saya memang hubby masak ayam halia kerana saya suka makan daging ayam berkuah. Walaupun saya sibuk tetapi memasak untuk keluarga harus diteruskan. Bila anda tak banyak masa di dapur, sila cuba resepi ini.

Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan

  • 500 gm ayam (dipotong saiz kecil)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis membulat)
  • 1 biji cili merah (dihiris nipis)
  • 2 cm halia (dihiris halus memanjang)
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 tangkai daun bawang (dihiris @2cm)
  • sedikit lada sulah / lada hitam
  • kunyit
  • garam dan gula

Cara masak ayam masak halia

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit, goreng separuh masak dengan minyak panas. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi ke dalam tumisan.
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair dan lada sulah.
  5. Kacau seketika dan jaga jangan sampai bawang putih hangus.
  6. Masukkan air bancuhan tepung dan kacau hingga kuah menjadi sebati dan pekat.
  7. Tambahkan sedikit air jika anda mahu kuah lebih.
  8. Taburkan hirisan cili merah dan bawang besar, kacau selama 2-3 minit.
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Ayam masak halia sudah siap dihidangkan untuk keluarga anda. Padankan ayam dengan nasi panas dan taburan daun bawang, memang sedap. Kicap cair dan ayam perap garam tadi sudah masin, jadi anda mesti hati-hati memasukkan garam supaya tak berlebih masin. Memang tak sia-sia telah mencuba, resepi ini cukup ringkas dan mudah tapi hasilnya sedap.

Resepi Ayam Masak Halia | | 4.5