Resepi Ayam Masak Kicap

MalayaDaily.comResepi Ayam Masak Kicap – Beberapa lepas hari saya sudah kongsi pelbagai resepi masakan ayam dan ramai yang suka dengan resepi tersebut. Ayam memang ramai orang suka kerana mempunyai rasa yang lazat dan boleh dibuat masakan apapun. Hari ini saya akan mencuba kongsi resepi ayam masak kicap berkuah yang sedap dan menyelerakan.

Sejak saya pandai berinstagram, saya mula rajin melayan video ringkas artis memasak. Walaupun sekedar lauk harian yang mudah, seperti ikan kembong, resepi ayam, sup, sayur bayam dan ayam masak kicap, tetapi nampak macam senang mereka memasak. Masakan yang simple begitu tidak jemu dinikmati. Ada satu video yang saya suka, iaitu cara buat ayam masak kicap berkuah pekat dan simple. Nampak masakan ini sesuai untuk saya hidangkan kepada anak-anak yang tidak boleh mengambil makanan pedas.

Resepi Ayam Masak Kicap

resepi ayam masak kicap

Bahan-bahan

  • 6-7 ketul ayam (dilumur garam kunyit dan digoreng)
  • 1/2 bawang besar Holland (dibelah 6)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 tangkai cili merah / cili padi
  • beberapa helai daun kari
  • kicap lemak manis

Cara masak ayam masak kicap

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata.
  3. Masukkan kicap lemak manis secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Sesuaikan rasa.

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (digaul dengan sedikit kunyit dan garam)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 6 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar mayonis
  • serbuk lada sulah
  • sedikit garam

resepi ayam masak kicap

Bahan rempah tumis

  • 8 biji lada hitam biji (diketuk sedikit)
  • 5 biji cengkih
  • 3 biji lada kering (dipotong)
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis

Cara masak ayam masak kicap berkuah

  1. Mula mula goreng ayam hingga berwarna keemasan menggunakan api besar dan minyak yang banyak.
  2. Angkat dan ketepikan ayam.
  3. Blend bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
  4. Panaskan minyak anggaran 5 sudu besar dan tumis bahan rempah hingga naik bau.
  5. Masukkan bahan yang telah diblend tadi, tumis hingga garing dan berbau wangi.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan tambahkan kicap manis secukup rasa.
  7. Masukkan air hingga semua bahagian ayam tenggelam tetapi jangan terlalu banyak.
  8. Masak dengan api sederhana supaya kicap meresap sampai tulang.
  9. Apabila sudah mendidih, masukkan mayonis supaya ada rasa bandar dan rasa moden sikit.
  10. Masak hingga kuah menjadi kering dan pekat.
  11. Tambah sedikit lada sulah dan garam secukup rasa.
  12. Apabila semuanya baik, angkat dan hidangkan.

Itu sahaja resepi ayam masak kicap ini. Memang meletop sedap, boleh bertambah makan anak-anak tu. Mereka dengan kicap memang tak boleh pisah, apa-apa masak dengan kicap pasti suka.

Resepi Ayam Masak Kicap | admin | 4.5