Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

MalayaDaily.com – Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan – Negeri Sembilan memang terkenal dengan pelbagai masakan masakan pedas. Salah satu yang popular iaitu ayam masak lemak. Tidak sah jika dalam membuat ayam masak lemak tidak menggunakan cili api atau cili padi.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

 

Bahan-bahan

  • 1/4 ekor ayam
  • 2 batang serai
  • 10 tangkai cili padi hijau
  • kunyit hidup sebesar ibu jari
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping asam keping
  • santan pekat
  • santan cair
  • garam dan gula secukup rasa

Cara masak ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan

  1. Tumbuk cili dan kunyit hingga lumat (boleh di blend)
  2. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan bersama cili, kunyit dan serai.
  3. Masak ayam dengan api perlahan untuk mengeringkan air daripada ayam.
  4. Bila air ayam sudah kering, masukkan santan cair hingga mendidih.
  5. Selepas itu, masukkan santan pekat, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau perlahan supaya tidak berketul dan naik minyak.
  7. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan masak ayam hingga masak.

Itu sahaja resepi ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan. Ayam seeloknya ditoskan dahulu sebelum dimasak. Ayam basah membuat rasa macam tidak sedap bila air ayam dimasak sekali bersama santan. Kalau nak letak kentang pun boleh juga.

Resepi ini berkaitan dengan pencarian:

  • ayam masak lemak negeri sembilan
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan | | 4.5