Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

MalayaDaily.comResepi Ayam Masak Lemak Cili Padi – Hubby saya adalah membuat lauk yang ringkas tetapi digemari oleh anak-anak. Saya pun semasa bulan Ramadhan mendapat idea buat ayam masak lemak cili api. Resepi ayam masak lemak cili padi / api adalah masakan yang paling ramai digemari kebanyakan masyarakat Malaysia. Masakan ini mempunyai banyak versi, mula dari resepi johor, resepi negeri sembilan dan resepi minang.

resepi ayam masak lemak cili padi

Resepi ayam masak lemak cili padi ini rasanya sedap kerana kuahnya pedas dan daging ayamnya gebu. Ini yang membuat masakan resepi ayam ini digemari oleh suami. Masakan ini memang sangat sesuai untuk yang suka makan masakan pedas. Setiap hujung minggu suami pasti meminta dimasakkan ayam masak lemak cili api ini. Tapi ingat tak boleh dimakan selalu sebab ia berlemak.

Resepi ayam masak lemak cili padi

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong ikut selera, bersih dan toskan)
  • 4 biji kentang (dikupas dan belah 4 bahagian, direndam)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun kunyit (dimayang halus)
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat)
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya

Baca juga: resepi ayam masak lemak cili api negeri sembilan

Bahan kisar halus

  • 30 biji cili padi kampung
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • segenggam ikan bilis

Cara masak ayam masak lemak cili padi

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar halus bersama serai hingga harum.
  2. Masukkan ayam dan gaul hingga rata dan kecut.
  3. Masukkan kentang yang telah direndam dan masak hingga empuk.
  4. Masukkan santan cair bersama asam gelugor dan masak hingga mendidih, bila kuah kurang boleh tambah sedikit air.
  5. Selepas itu, masukkan santan pekat dan kacau rata.
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa, dan hirisan daun kunyit, kacau hingga rata.
  7. Akhir sekali masak ayam dengan api kecil hingga ayam masak.

Itu sahaja resepi ayam masak lemak cili padi. Saya guna asam gelugor dan kentang lebih sebab ia boleh mengurangi rasa pedas supaya anak-anak boleh ikut makannya. Saya juga tambahkan sedikit ikan bilis halus guna menambah rasa ayam masak lemak cili api.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi | | 4.5