Resepi Ayam Masak Merah

MalayaDaily.comResepi Ayam Masak Merah menjadi satu masakan kegemaran yang dihidangkan di hari istimewa, seperti kenduri, juadah puasa dan hari raya. Mencuba masakan turun temurun menjadi kesukaan saya sejak kecil. Untuk membuatnya, bahan yang digunakan sangat simple. Sesetengah bahan resepi dan tomato puree memang agak mahal, tapi ia mempunyai rasa berbeza bila diganti. Saya kira tak apa-apa jika nak makan ayam masak merah yang sangat lazat.

resepi ayam masak merah

Ayam masak merah selalu menjadi makanan kegemaran pada saat berbuka puasa. Resepi ayam masak merah ini saya ambil daripada rakan saya yang suka memasak dan tukang masak majlis perkahwinan dan kenduri. Dia memang pandai masak sejak kecil, semua masakan yang dia buat pasti sedap ala Chef Wan. Saya juga beberapa kali belajar padanya. Selepas mencuba memasak ayam masak merah ini, anda pasti suka tengok keluarga anda berebut meratah ayam.

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 250 ml air
  • 60 ml santan
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak

Bahan kisar halus

  • 15-20 tangkai cili kering (direbus sebentar)
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang besar
  • 2 cm halia

Bahan hiris

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar / bawang holland
  • 2 cm halia (hiris 3 keping)

Cara masak ayam masak merah

  1. Lumuri ayam dengan garam dan kunyit, goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar, dan halia yang telah dihiris hingga layu.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dikisar dan gaul hingga rata.
  4. Selepas itu, masukkan cili kering yang telah dikisar dan sos cili, tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi, kacau rata dan biarkan seketika.
  6. Masukkan air sesuai banyak mana kuah yang disukai.
  7. Masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
  8. Letakkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa hingga pecah minyak.

Resepi ayam masak merah ini lebih sedap dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak atau nasi beriani. Anda boleh taburkan kacang peas untuk menambah selera. Untuk hidangan petang, bila nasi tak sesuai, boleh ganti dengan roti jala, nasi impit dan lemang sebagai ganti nasi.

Resepi Ayam Masak Merah | Malaya Daily | 4.5