Resepi Ayam Masak Paprik

MalayaDaily.comResepi Ayam Masak Paprik berasal daripada negara Thailand. Sebenarnya ada tiga bahan penting yang akan digunakan dalam membuat ayam paprik ala Thai original, iaitu sos ikan, sos tiram dan daun limau purut. Saya dapat petua ini dari tukang masak masakan Thai, tetapi kerana saya tak guna sos ikan, saya cuba resepi lain yang tak kalah sedap.

resepi ayam masak paprik

Resepi ayam paprik ini saya dapat semasa berkunjung ke rumah rakan di KL. Dia memang pandai memasak sejak kecil. Semasa saya datang ke rumahnya, ia masak ayam paprik ini. Terliur juga lihatnya kerana warna dan baunya sangat lazat. Dia pun kongsikan resepi ini kepada saya untuk cuba sendiri kat rumah.

Resepi Ayam Masak Paprik

Bahan-bahan

  • 2 keping dada ayam (dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris serong)
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 inci halia (dihiris halus)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris memanjang)
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis

Baca juga: ayam masak lemak cili api

Bahan sayuran

  • 2 biji putik jagung (dihiris)
  • 2 tangkau kacang poling (dihiris pendek)
  • 1/2 biji karot (dihiris memanjang)
  • bunga kobis (dipotong kecil)

Cara masak ayam paprik

  1. Goreng ayam yang telah dihiris hingga berwarna keputihan, angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis semula hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kicap manis, sos cili, sos tomato dan sos tiram, kacau hingga rata.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga rata.
  6. Masukkan air, serai, daun limau purut dan garam secukup rasa, kacau hingga rata.
  7. Akhir sekali, masukkan semua bahan sayuran dan bawang besar, masak hingga sayur agak empuk.

Itu sahaja resepi ayam masak paprik yang simple dan sedap. Kalau nak kuah lebih pekat, guna sedikit air sahaja. Kalau nak lebih pedas, boleh tambah cili api. Lebih sedap dimakan bersama nasi panas.

Resepi Ayam Masak Paprik | | 4.5