Resepi Biskut Famous Amos Original Sukatan Cawan

MalayaDaily.com – Hari ini saya nak kongsi satu resepi biskut famous amos original khas hari raya. Biskut ini ramai yang telah menayangkannya di blog kawan kawan, tetapi belum ada disini. Saya mendapatkan resepi ini dari seorang pelanggan famous amos yang tak berpuashati dan menyebarkan resepi di laman web. Memang dah lama hasrat kongsi di blog ini tapi hanya hasrat semata. Biskut ini biasanya dihidangkan semasa hari raya. Biskut ini memang sedap, ia setanding sahaja dengan keenakan biskut famous amos yang dijual sangat mahal tu. Biskut ini boleh menjadi pilihan wajib menu biskut raya.

resepi biskut famous amos

Apabila sudah dekat hari raya, saya tak pernah membeli biskut macam ini walaupun sangat menggemarinya. Saya biasa membuat sendiri di rumah. Bukan apa, saya terasa sayang duit nak beli biskut je semahal itu untuk dapat sikit pula. Tapi anak-anak tak kisah melihat macam itu asalkan mereka suka. Jom kita layan cara buat biskut famous amos yang sedap dan simple.

Resepi Biskut Famous Amos

Bahan A

  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan gula kaster
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar susu segar @ susu tepung
  • 1/2 sudu besar vanilla extract
  • 1/4 sudu kecil garam

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan semi sweet chocholate chips
  • 1/2 cawan walnut cincang / almond nib (boleh ganti biji bunga matahari)
  • 1 sudu besar serbuk koko (diayak)
  • 1 sudu besar tepung jagung (diayak)
  • 1/2 sudu kecil cream tartar Nona (boleh ganti cuka / jus lemon)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara buat biskut famous amos

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk besar dan satukan hingga sebati menggunakan whisk.
  2. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk cream tartar yang telah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  3. Selepas itu, kacau adunan tadi menggunakan spatula.
  4. Masukkan walnut cincang dan sweet chocolate chips.
  5. Panaskan oven pada suhu 160 C selama 15-20 minit.
  6. Ambil satu sudu adunan atau boleh gunakan tangan untuk membuat bulat bulat.
  7. Letakkan di atas loyang dan jarakkan antar biskut yang akan mengenmbang.
  8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit.
  9. Angkat dan sejukkan diatas jaring.

Itu sahaja resepi biskut famous amos original sukatan cawan yang boleh saya kongsi disini. Loyang tak perlu dilenser dengan mentega. Untuk mendapatkan biskut lebih cantik dan tidak leper, selepas mengadun masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Apabila biskut terlalu rapuh, tambahkan tepung jagung sedikit ikut kesesuaian keras adunan.

Resepi Biskut Famous Amos Original Sukatan Cawan | | 4.5