Resepi Cheesekut Meleleh

Resepi Cheesekut Meleleh – Hello jumpa lagi di MalayaDaily.com, hari ini saya akan kongsikan satu cara membuat cheesekut. Ada orang yang memanggil cheesekut ini dengan marie cheezy dan biskut marie cheese meleleh. Nama memang macam-macam tapi hakikat keknya sama. Resepi cheesekut ini biasa saya gunakan untuk membuat cheesekut kerana kerap membuatnya untuk anak-anak.  Seminggu sebelum masuk ramadhan sempat juga saya membuat cheesekut untuk anak-anak. Fenomena cheesekut memang bukan main glamer lagi, saya tengok cheesekut kat blog orang, terliur juga tekak ni. Bentar lagi sudah nak masuk bulan ramadhan, kalau belum buat nanti terbayang cheesekut tu.

resepi cheesekut meleleh

Bahan yang digunakan pun simple sangat, cheese cream pun memang sudah ada kat rumah. Cuma yang lecehnya nak cari biskut. Makanya semalam juga saya cari bahan-bahannya. Resepi cheesekut mempunyai banyak versi, ada yang suka menggunakan biskut marie susu, biskut marie original, biskut marie coklat, dan ada juga yang menggunakan cream cracker. Saya lebih suka menggunakan biskut marie original, tapi terpulak pada tekak masing-masing. Saya pernah cuba menggunakan cream cracker, tapi raanya maca tidak berapa sedap. Bahan cheesekut meleleh ni pun tidak susah dan membuatnya pun senang sahaja.

Resepi Cheesekut Meleleh

Bahan-bahan

  • biskut marie original
  • 250 gm cream cheese
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan susu cair

Cara buat cheesekut

  1. Putar cream cheese, whipping cream dan gula kastor hingga kembang.
  2. Tuangkan susu cair di dalam mangkuk lain.
  3. Celupkan biskut marie dan biarkan ia sekejap.
  4. Susun biskut marie dalam bekas.
  5. Masukkan adunan cream cheese yang telah diputar tadi.
  6. Sapu rata cream cheese hingga menutup biskut marie, tetapi nipis sahaja.
  7. Buat hingga 6 lapisan atau hingga adunan habis.
  8. Akhir sekali tabur serbuk milo di atas permukaan kek.
  9. Simpan dalam peti sejuk selama lebih dari 3 jam.

Itu sahaja resepi cheesekut meleleh. Macam biasa, buat malam hari pagi esok sudah boleh dimakan. Harga jual cheesekut ini boleh RM35 sebekas, lebih baik buat sendiri di rumah. Anda boleh taburkan keju lagi diatasnya.

Resepi Cheesekut Meleleh | | 4.5