Resepi Cheesekut Oreo

Resepi Cheesekut Oreo – Hello jumpa lagi di MalayaDaily.com, hari ini saya akan kongsikan cara membuat cheesekut biskut oreo. Cheesekut ini adik saya buat dahulu sebab dia memang tidak suka makan kek yang dibakar. Dia pun buat kek yang mudah dan tidak payah bakar. Masa raya dan puasa pun dahulu dia buat juga kek ini. Dia pun senang rajin-rajin ke dapur buat cheesekut yang simple dan sedap.

resepi cheesekut oreo

Resepi cheesekut oreo ini memang sedap dan senang buatnya. Apalagi masih jarang orang yang buat di dapur macam ini. Dahulu bahan-bahan hanya beberapa ringgit sahaja, yang kali ini dia cuba letak oreo dalam resepi sebab oreo pahit sikit. Kalau sudah gabung dengan cheese tidak muak sangat lah.

Resepi Cheesekut oreo

Bahan-bahan

  • 1 kotak cream cheese Philadelphia
  • 1 kotak susu Dutch Lady full cream
  • 3/4 susu pekat manis
  • biskut oreo siap hancur
  • biskut cracker 4 segi (boleh guna biskut marie)

Cara buat cheesekut oreo

  1. Satukan cream cheese, susu pekat manis dan susu Dutch Lady, pukul belasah menggunakan mixer.
  2. Letakkan susu lebihan ke dalam pinggan.
  3. Celup satu per satu biskut cracker ke dalam susu, sekejap sahaja jangan sampai biskut lembik.
  4. Susun biskut yang sudah direndam ke dalam bekas.
  5. Masukkan cream cheese yang tadi diatas biskut cracker, nipis sahaja.
  6. Bila dah setel layer cream cheese, tabur serpihan biskut oreo.
  7. Ulangi langkah layer biskut cracker, cream cheese dan serbuk oreo hingga bekas penuh.

Resepi cheesekut oreo ini sesuai untuk anda yang nak buat kenduri atau open house. Hiaslah toping dengan buah apa sahaja sebagai hiasan. Makan cheesekut ini semasa sejuk lebih sedap, kalau makan semasa lembik muak sikit. Kalau payah cari oreo yang sudah hancur, beli oreo biasa dan buang krimnya. Blend biskut coklat oreo tu tidak guna air, nanti nampak macam pasir tanam pokok. Biskut oreo boleh tukar dengan serbuk milo tapi saya fikir serbuk milo itu terlalu halus. Tidak sedap sangat bila meleleh di dalam mulut.

Resepi Cheesekut Oreo | | 4.5