Resepi Churros Sukatan Cawan

Resepi Churros Sukatan Cawan – Hello jumpa lagi di MalayaDaily.com, hari ini saya akan kongsikan cara membuat churros. Churros adalah snek ringan sejenis pastri dari negara Spanyol. Roti ini berasaskan doh pastei yang digoreng dan dicelup dengan coklat. Churros telah menjadi trending di laman sosial kebelakangan ini.

resepi churros

Rasa churros memang serupa dengan cream puff, kaedah penyediaannya pun hampir sama, hanya cara memasaknya sahaja yang sedikit berbeza. Kalau anda makan churros di cafe, harganya boleh mencecah RM20-30. Lebih baik cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang sudah sedia di dapur. Saya tidak letak garam sebab saya guna salted butter. Kalau anda guna unsalted butter letakkan garam secukup rasa. Apabila tidak ada piping bag, boleh guna acuan semperit atau bentuk guna tangan pun tidak apa-apa.

Resepi Churros

Bahan-bahan

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air putih
  • 1 sudu besar salted butter
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 biji telur

Cara buat churros

  1. Didihkan air dan masukkan gula, garam dan butter dalam satu periuk.
  2. Setelah didih, masukkan tepung ke dalam air didihan tadi, kacau dengan cepat hingga sebati.
  3. Tutup api dan masukkan telur, gaul hingga sebati.
  4. Masukkan doh ke dalam piping bag, saya menggunakan star nozzle kecil.
  5. Panaskan minyak dan picit doh ke dalam kuali, goreng hingga kekuningan.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Taburkan gula dan serbuk kayu manis diatasnya.

Bahan sos coklat

  • 1/2 cawan serbuk koko (diayak)
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar majerin

Cara buat sos coklat churros

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan masak dengan api kecil, senantiasa dikacau.
  2. Apabila topping sudah sebati dan nampak pekat, tutup api dan terus kacau.
  3. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.

Itu sahaja resepi churros yang boleh anda cuba buat sendiri di rumah. Semasa menggoreng, gunakan minyak yang tidak panas sangat sebab bentuk churros tidak cantik. Tetapi tidak boleh perlahan sangat sebab churros boleh serap banyak minyak, tidak sedap pula. Churros yang sedap adalah yang rasanya rangup diluar, gebu dan lembut di dalam. Kalau tidak nak celup sos coklat, boleh siram diatas churros.

Resepi Churros Sukatan Cawan | | 4.5