Resepi Cucur Udang Rangup dan Lembut

MalayaDaily.comResepi cucur udang rangup menjadi satu makanan yang tak asing di masyarakat Malaysia. Ramai orang yang menyukai masakan berasas udang, hampir semua restoran pasti ada membuat masakan udang. Tapi bila nak buat cucur udang yang rasanya lebih sedap dan jimat wang, saya cadangkan untuk mencuba masak sendiri kat rumah. Anda boleh sesuka hati menggunakan udang paling best dan segar.

resepi cucur udang

Resepi cucur udang ini memang sedap. Jika anda orang Utara, biasanya cucur udang dimakan bersama kuah kacang. Cucur udang menjadi pilihan menu yang sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang. Biasanya bila nak buat cucur udang, masalahnya masuk minyak berlebih saat digoreng dan akhirnya menjadi lembik. Itu membuat hilang selera makan kita. Bila dah gigit cucur tu, keluar minyak dari mulut kita. Disini saya akan kongsikan satu resepi cucur udang yang rangup dan lembut. Saya baru-baru teringat nak kongsi resepi ini selepas makan kat kedai mamak haji. Sebelum membuat cucur udang yang rangup, pastikan anda menggunakan sudip yang leper supaya bahagian tepi cucur menjadi lebih crispy.

Resepi Cucur Udang

Bahan-bahan

  • 500 gm tepung gandum
  • 200 gm taugeh
  • 1 pokok kucai
  • 1 paket yis segera
  • 1 biji telur
  • 2 biji cili merah (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan air suam
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak untuk menggoreng

Cara masak cucur udang

  1. Campurkan yis segera bersama air suam dan gula, biarkan hingga berbuih.
  2. Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit dan garam ke dalam mangkuk besar, gaul hingga rata.
  3. Pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama air, gaul hingga sebati.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan sebentar hingga bancuhan nampak berbuih.
  5. Panaskan minyak yang banyak dan rendam sudip yang mahu digunakan dalam minyak panas.
  6. Tuangkan adunan cucur tadi diatas sudip dan letakkan udang diatas adunan.
  7. Masukkan ke dalam minyak dan goyang-goyang sudip hingga tertanggal.
  8. Masak hingga cucur berwarna kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

Itu sahaja resepi cucur udang rangup dan lembut. Jangan cuba gunakan air panas untuk bancuh yis kerana ia akan meniadakan yis naik. Bila bancuhan yis sudah naik berbuih, maknanya sudah boleh digunakan. Goreng cucur guna minyak sederhana panas supaya cucur menjadi rangup. Minyak yang tak panas membuat cucur menjadi masuk minyak berlebih, bila terlalu panas membuat cucur menjadi hangit.

Resepi ini berkaitan dengan:

  • resepi cucur udang lembut
Resepi Cucur Udang Rangup dan Lembut | Malaya Daily | 4.5