Resepi Donut Gebu dan Lembut

MalayaDaily.comResepi Donut Gebu dan Lembut – Resepi Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya saya jumpa cara buat donut yang gebu dan tahan lama. Sebelumnya saya punya resepi memang lembut tapi tak tahan lama. Bahan-bahan yang digunakan hanya bahan asas sahaja, tetapi resepi yang akan dikongsikan ni tidak menggunakan telur. Resepi donut gebu ni saya dapat dari group fb, tak semua dicuba tapi memang rezeki ketemu satu yang kekal lembutnya.

Resepi Donut Gebu

resepi donut gebu dan lembut

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air suam
  • 4 sudu besar air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu teh yis
  • secubit garam

Cara buat donut gebu

  1. Masukkan 1/2 cawan tepung gandum, marjering, gula, minyak, yis dan garam dalam bekas.
  2. Uli semua bahan hingga menjadi doh dan tak lekat di tangan.
  3. Tambahkan air suam sesudu dan uli lagi hingga tidak melekat di tangan.
  4. Tambahkan lagi air suam sesudu hingga tidak melekat di tangan tapi masih lekat sedikit.
  5. Terus tambah dan uli hingga mendapat doh yang melekit (anggaran masa 30-45 minit).
  6. Selepas menguli, tutup doh dengan cling wrap dan biarkan doh mengembang selama 35 minit.
  7. Lepas tu, tumbuk doh untuk membuang anginnya dan uli sekali lagi.
  8. Bentuk doh menjadi beberapa bahagian bebola kecil.
  9. Biarkan doh mengembang selama 40-60 minit di tempat sedikit panas (macam dibawah lampu).
  10. Bila dah mengembang, panaskan minyak dalam periuk menggunakan api sederhana besar.
  11. Masa inilah baru buat lubang tengah-tengah di donut guna penutup botol.
  12. Goreng donut hingga permukaannya sedikit kuning.
  13. Terbalikkan donut dan goreng lagi sebelah hingga kedua permukaan masak.
  14. Angkat dan lapkan donut dengan tisu supaya sikit minyak.
  15. Taburkan donut dengan gula kastor.

Itu sahaja resepi donut gebu dijamin lembut dalam 24 jam. Anda akan mendapatkan rasa doh yang sangat lembut dan ringan. Doh pun senang dibentuk Untuk kekal lembut, masukkan donut ke dalam bekas bertutup. Memang biasanya ada kat pasar yang jual donut ni, hanya bila teringin nak makan donut tidak payah risau nak ke pasar lagi.

Resepi ini berkaitan dengan:

  • resepi donut
  • resepi donut gebu
  • resepi donut mudah
  • resepi donut gebu sukatan cawan
  • donat gebu sukatan cawan
  • resepi donat lembut dan gebu
  • resepi donut simple
  • resepi donut sukatan cawan
  • donut gebu sukatan cawan
  • donut mudah
Resepi Donut Gebu dan Lembut | Malaya Daily | 4.5