Resepi Ikan Bakar Portugis

MalayaDaily.comResepi Ikan Bakar Portugis Simple dan Sedap – Sebagai masakan ikan pertama, saya cuba menyediakan ikan bakar Portugis. Sekejap sahaja menyediakan semua bahannya, blend semua dan masukkan ke dalam oven. Memang sedap sangat ikan bakar ini, terutama bila menggunakan ikan siakap. Ramai orang yang suka masak ikan portugis, dan mungkin anda juga suka makannya. Saya teringat nak buat resepi ini kerana saya pernah makan di Food Court Mid Valley.

resepi ikan bakar portugis

Ikan bakar satu ini memang sangat istimewa kerana ia memakai aluminium foil untuk menyimpan ikannya dan memberikan cita rasa berbeza daripada yang lain. Cuba anda bayangkan, kalau sahaja ada yang kurang suka makan ikan boleh makan meratah isi ikan siakap yang sangat manis. Tak sempat menghias pun tak masalah. Ikan bakar ini memang popular kerana sedap hingga menjilat jari, macam makan kat kedai. Keluarga anda pasti akan puji masakan anda.

Resepi Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap (dikelar)
  • 5 helai daun limau purut (dikisar halus)
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • aluminium foil

Bahan kisar

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 hiris lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • 3 sudu besar cili kering kisar

Cara masak ikan bakar portugis

  1. Pertama-tama, buat minyak bawang putih dengan cara ambil 6 ulas bawang putih dan tumbuk dengan kulit-kulitnya.
  2. Tumis bawang putih dengan 1/2 cawan minyak hingga garing.
  3. Blend semua bahan kisar.
  4. Gaulkan bahan kisar, garam dan gula masukkan ke dalam perut ikan yang telah dibersihkan dan dikelar-kelar.
  5. Bungkus ikan diatas aluminium foil dan lumurkan dengan campuran bahan kisar selebihnya.
  6. Tuang minyak bawang putih dan taburkan daun limau.
  7. Bungkus ikan dan bakar hingga ikan masak.
  8. Akhir sekali, apabila dah masak buka sedikit foil dan terus bakar hingga garing.

Itu sahaja resepi ikan bakar Portugis original. Ikan bakar ini sedap dimakan semasa masih panas bersama nasi panas. Jika suka, anda boleh gunakan daun pisang di atas foil supaya menambah wangi.

Resepi Ikan Bakar Portugis | Malaya Daily | 4.5