Resepi Ikan Bakar Sambal Daun Pisang

MalayaDaily.comResepi Ikan Bakar Sambal Daun Pisang – Menu masakan ikan memang menjadi satu kegemaran orang ramai. Entah masakan daripada ikan air tawar atau air laut pasti semuanya sedap untuk dimasak. Salah satu yang paling berkesan dalam memasak ikan iaitu dengan cara dibakar. Saya dan keluarga sangat senang makan ikan bakar. Ikan goreng memang sedap tetapi jika digoreng mesti kandungan pemakanan dalam ikan boleh hilang.

resepi ikan bakar sambal daun pisang

Ikan mempunyai kandungan gizi yang lebih baik daripada daging ayam. Ada banyak cara memasak ikan yang telah dikongsikan oleh chef dan ahli masak, seperti resepi ikan bakar sambal daun pisang yang akan saya kongsi hari ini. Biasanya anda yang suka membeli ikan bakar kat kedai atau restoran, sekarang boleh cuba buat sendiri di rumah. Rasanya tidak kalah dengan buatan restoran. Anda boleh mengajak anak-anak memasak ketika hujung minggu sekaligus menambah kesepaduan keluarga.

Resepi Ikan Bakar Sambal Daun Pisang

Bahan-bahan

  • ikan pari/ikan cencaru secukupnya (dibersihkan)
  • 3 biji bawang merah (dikisar halus)
  • 3 biji bawang putih (dikisar halus)
  • 2 inci kunyit hidup (dikisar halus)
  • 2 inci halia (dikisar bersama)
  • 3 batang serai (dikisar bersama)
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 genggam cili kering (dikisar halus)
  • 25 lada kering (dikisar berasingan)
  • udang kering (dikisar bersama)
  • air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
  • serbuk perasa secukupnya
  • aluminium foil
  • daun pisang

Baca juga: resepi asam pedas

Cara masak ikan bakar sambal

  1. Tumis semua bahan yang telah dikisar (kecuali cili kering) hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau hingga sekata.
  4. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa, kacau sedikit dan tunggu hingga mendidih.
  5. Masukkan sedikit air dan tunggu hingga masak.
  6. Sambal ikan sudah jadi, bahagikan kepada 2 bahagian.
  7. Letakkan ikan diatas daun pisang dan aluminium foil, lepas tu siram ikan dengan sambal ikan diatas.
  8. Balutkan ikan dengan daun pisang daun aluminium foil dengan rapi.
  9. Letakkan ikan diatas kuali lemper dan bakar dengan api sederhana hingga masak.

Baca juga: siakap 3 rasa

Itu sahaja resepi ikan bakar sambal daun pisang. Ikan bakar sambal lebih sedap dimakan bersama nasi panas. Jika tidak suka ikan pari, anda boleh ganti ikannya dengan ikan cencaru.

Resepi Ikan Bakar Sambal Daun Pisang | | 4.5