Resepi Ikan Keli Berlada Goreng Sambal

MalayaDaily.comResepi Ikan Keli Berlada Goreng Sambal – Anda kenal dengan ikan keli? Kalau tidak kenal, cuba pergi ke pasar dan tengok pak cik mak cik yang jual ikan ada misai. Banyak yang jual ikan keli di pasar-pasar basah dalam keadaan masih hidup. Agaknya memang ikan ni tidak sesuai jika letak lama dalam peti sejuk. Tidak macam ikan laut, ikan air tawar lebih cepat berbau. Ada orang yang suka makan ikan keli, tetapi ada juga yang tidak suka sebab bau kot.

resepi ikan keli berlada goreng sambal

Saya memang suka membeli banyak cili, bawang merah, bawang putih, daging ayam dan semua kelengkapan dapur, tetapi jarang membeli ikan kerana harganya mahal. Hari ini saya cuba masak ikan keli sahaja. Ikan keli murah sahaja dibandingkan dengan ikan-ikan lain di pasar. Saya akan masak resepi ikan keli berlada goreng sambal. Memang sedap ikan keli dibuat macam ini.

Resepi Ikan Keli Berlada Goreng Sambal

Bahan-bahan

  • 5 ekor ikan keli saiz sederhana besar
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 biji cili padi (dikisar)
  • 5 biji cili merah (dikisar)
  • air asam jawa
  • serbuk kunyit
  • gula dan garam secukup rasa

Cara masak ikan keli berlada goreng sambal

  1. Gaul ikan keli dengan garam dan kunyit, biarkan seketika dan goreng hingga garing.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi yang telah dikisar hingga masak.
  3. Selepas itu, masukkan sedikit air asam jawa.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila semua bahan sudah sekata, tutup api.
  6. Akhir sekali, tuang sambal tersebut ke atas ikan keli yang telah digoreng tadi.

Itu sahaja resepi ikan keli berlada goreng sambal. Semasa membeli ikan keli di pasar, minta pak cik mak cik buangkan isi perutnya supaya jimat masa memasak. Setelah dibasuh kotorannya, anda boleh menggunakan limau nipis dilumur ke seluruh badan ikan untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan keli. Tips akhir, sebaiknya anda buat banyak hirisan pada badan ikan supaya mengurangkan ikan meletup semasa menggoreng.

Resepi Ikan Keli Berlada Goreng Sambal | | 4.5