Resepi Ikan Kembung Masak Kicap

MalayaDaily.comResepi Ikan Kembung Masak Kicap – Ikan kembung sudah tidak asing lagi di telinga kerana ada pelbagai masakan yang menggunakan daging ikan kembung. Walaupun ikan kembung pada hakikatnya adalah ikan biasa sahaja, tetapi ia mempunyai rasa yang sedap dan menjadi kegemaran untuk semua peringkat umur, baik tua, muda dan kanak-kanan.

resepi ikan kembung masak kicap

Saya sendiri memang salah satu penggemar menu masakan ikan. Saya biasanya masak ikan yang banyak isi dagingnya, seperti ikan kembung, ikan tenggiri, ikan bawal, dan ikan pari. Resepi ikan kembung masak kicap yang akan saya kongsikan ini bukan resepi yang biasa-biasa sahaja. Pemilihan kicap terbaik memainkan peran di masakan ini. Saya biasa menggunakan kicap lemak manis JALEN dan kicap pekat JALEN. Nanti, ikan memang digoreng tetapi jangan sampai garing.

Resepi Ikan Kembung Masak Kicap

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan kembung saiz besar (disiang dan dikelar)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (diketuk)
  • 1 biji cili merah (dihiris serong)
  • 1 biji cili hijau (dihiris serong)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 5 camca besar kicap lemak manis JALEN
  • 1 camca besar sos tiram JALEN
  • 1 camca teh kicap pekat JALEN
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/4 camca teh cuka makan JALEN
  • 1/3 camca serbuk lada sulah
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan air
  • hirisan daun bawang

Cara masak ikan kembung masak kicap

  1. Lumur ikan kembung dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata.
  2. Goreng ikan kembung hingga masak, tak perlu sampai garing.
  3. Angkat dan ketepikan ikan.
  4. Tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum menggunakan 3 camca besar minyak.
  5. Masukkan sos tiram dan kacau hingga rata.
  6. Tuang air kosong, kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan, kacau-kacau dan biarkan hingga mendidih.
  7. Masukkan bawang besar dan ikan kembung yang telah digoreng tadi, kacau perlahan.
  8. Tambahkan hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah, kacau dan masak sekejap.
  9. Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Itu sahaja resepi ikan kembung masak kicap. Ingat goreng ikan kembung tidak perlu sampai garing-garing, goreng lembab-lembab pun sudah memadai. Jika anda suka lebih pedas, boleh tambahkan 3-4 biji cili padi yang telah diketuk. Ikan kembung masak kicap ini sedap dimakan bersama nasi panas dan sesuai untuk anak-anak yang baru berkeinginan nak memasak, kerana boleh dikatakan buatnya senang dan mudah.

Resepi Ikan Kembung Masak Kicap | Malaya Daily | 4.5