Resepi Ikan Singgang

MalayaDaily.comResepi Ikan Singgang – Hari ini saya akan kongsi ikan masak singgang yang menjadi kegemaran orang Kelantan dan Terengganu. Memang apabila membesar disana akan biasa makan dengan ikan singgang. Itu menjadi masakan favorite saya sejak dari kecil. Masakan ini adalah makanan sihat kerana tiada menggunakan minyak dan sesuai untuk orang diet kerana rendah kalori.

resepi ikan singgang

Saya masih suka masakan ikan singgang buatan mak tapi sudah kahwin rasa takkan masih mengharap. Kena pandai belajar sendiri di rumah untuk keluarga. Nasib baik saya sudah jumpa resepi ikan masak singgang yang sedap dan mudah. Selain ikan singgang, anda boleh cuba ganti dengan ikan tongkol, ikan kayu atau ikan kembung kerana rasanya juga sedap. Jom kita layan resepi ikan masak singgang dibawah ini.

Resepi Ikan Singgang

Bahan-bahan

  • 5 ketul ikan tongkol (dibersihkan)
  • 8 biji cili api (dibelah dua)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (dihris nipis)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 3 keping asam keping
  • 2 inci kunyit hidup (dihiris nipis)
  • 2 inci halia (dihiris nipis)
  • 2 inci lengkuas (dihiris nipis)
  • 1 liter air
  • garam secukup rasa

Cara masak ikan singgang

  • Panaskan air dalam periuk hingga air mendidih menggelegak.
  • Masukkan bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia dan kunyit hidup yang telah dihiris nipis.
  • Masukkan juga serai dan sesudu garam, biarkan hingga bawang agak layu.
  • Bila bawang sudah agak layu, masukkan asam keping dan biarkan hingga kuah menggelegak balik.
  • Selepas itu masukkan ikan tongkol dan kacau perlahan perlahan.
  • Tutup periuk dan biarkan sebentar hingga ikan masak.
  • Bila ikan sudah masak, masukkan cili api dan perasakan dengan garam.
  • Kacau perlahan supaya ikan tak hancur.

Itu sahaja cara buat resepi ikan singgang yang sangat sesuai untuk menu makan malam. Kalau masak singgang ni memang biasanya saya suka makan banjir banjir sambil menghirup kuahnya. Lagi sedap bila dimakan bersama nasi putih panas, ulam-ulaman dan budu. Kalau anda ada tomato, boleh letak semasa masukkan cili api.

Resepi Ikan Singgang | | 4.5