Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Pedas

MalayaDaily.comResepi ikan tongkol masak kicap pedas boleh menjadi pilihan menu masakan simple dan ringkas. Bagi sebahagian orang memasak ikan tongkol sudah menjadi kebiasaan, tapi bagi orang yang sekali-kali masak, mesti ada yang kena buat rujukan. Bukan korang tak tahu memasak, tetapi untuk tujuan innovasi bila ada yang kongsi cara lain membuat masakan lebih sedap dari kebiasaan.

resepi ikan tongkol masak kicap pedas

Semasa hari raya, anak-anak mesti nak merasa hidangan nasi kerana berhari-hari makan kuih muih raya sahaja. Pagi-pagi saya ke pasar mencari ikan tongkol untuk dimasak hari ini. Saya dah lama membuat masakan ikan tongkol masak kicap pedas ini. Tak payah nak fikir-fikir lagi, tangan sudah automatik nak ambil ini dan itu, hiris ini dan itu.  Resepi ikan tongkol masak kicap pedas ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Kalau ada ikan aji-aji menggantikan ikan tongkol, tentu lebih sedap sebab isinya lebih lembut dan kuah kicap dapat meresap masuk hingga kedalam isinya.

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana
  • 8 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 biji cili hijau (dihiris)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 sudu besar cili (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • sos tiram
  • sos tomato
  • kicap
  • sedikit cuka
  • gula dan garam secukup rasa

Cara masak ikan tongkol masak kicap pedas

  1. Lumur ikan tongkol dengan garam dan kunyit, goreng ikan dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, dan cili hingga harum dan garing.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap, cuka dan sedikit air, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan cili hijau dan bawang besar.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali, tutup api dan masukkan ikan tongkol yang sudah digoreng tadi, gaul hingga rata.

Itu sahaja resepi ikan tongkol masak kicap pedas. Saya lebih suka menggunakan cili hijau solok dari Kelantan untuk dimasukkan bersama sayuran atau lauk bergoreng. Kalau masak kicap ini sedap gaul-gaul keuah dengan nasi panas, boleh nambah dua pinggan.

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Pedas | | 4.5