Resepi Kangkung Goreng Belacan

MalayaDaily.com – Resepi Kangkung Goreng Belacan – Hari ini saya akan kongsi satu resepi masakan kampung yang sudah tidak asing lagi di buat orang Melayu, iaitu kangkung goreng. Memasak kangkung dari zaman nenek dan ibu kita sayur ini sudah popular dan digemari ramai orang. Saya memang penggemar sayur kangkung dan biasa saya memasak kangkung hanya di goreng je sudah sedap.

resepi kangkung goreng belacan

Resepi kangkung goreng ini bukan masakan mahal dan simple, tetapi ramai orang yang suka. Gabungan cili, ikan bilis, dan aroma bau bawang memang menyelerakan boleh bertambah-tambah makan nasi. Tentu sesi makan kangkung ini akan lebih berselera bila ditambah aroma belacan. Saya dapat resepi ini dikongsi daripada rakan sebilik dulu. Sila tambahkan sedikit tepung jagung bila suka kuah yang pekat.

Resepi Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan

  • 1 ikat kangkung
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • sedikit belacan
  • sedikit air
  • gula dan garam secukup rasa

Cara masak kangkung goreng belacan

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan belacan.
  2. Tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan kangkung.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Masak kangkung hingga sedikit layu (anggaran 2-3 minit).

Mudah je buat resepi kangkung goreng belacan yang sedap macam di atas. Bila nak masak sayur kangkung ni harus dimasak dengan pantas. Semua bahan mesti sudah tersedia, sebab bila terlebih masak, sayur menjadi lembik dan tidak sedap lagi. Bila anda mempunyai kangkung segar hasil kebun hasilnya lebih sedap.

Resepi Kangkung Goreng Belacan | admin | 4.5