Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

MalayaDaily.comResepi Kari Ayam Tanpa Santan – Semasa nak masak kari ayam habis pula stok santan kotak, memang kita tidak biasa masak tanpa santan. Kebetulan saya dapat resepi kari ayam yang sedap tanpa guna santan. Bahan-bahan yang digunakan pun senang jer meskipun agak janggal sedikit, rasa macam tidak sedap dan kurang lemak. Selepas cuba rasanya sama sedapnya, kuah kari pun tidak cepat basi. Saya juga tidak risau lagi bila mahu buat kari ayam tetapi stok santan habis.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

resepi kari ayam tanpa santan

Bahan-bahan

  • 3 ketul ayam
  • 3 batang bendi
  • 1 batang kayu manis
  • 1/2 bawang besar kuning
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji kentang
  • 1 cengkih
  • 1 kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 sudu rempah kari
  • 2 sudu minyak
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa

Cara masak kari ayam tanpa santan

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kayu manis, bawang putih, bawang besar, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari ayam dan masak hingga harum.
  3. Selepas itu, masukkan air dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan ayam, bendi dan kentang, masak hingga kentang lembut.
  5. Letakkan sedikit garam dan gula secukup rasa, masak hingga kuah pekat sedikit.

Itu sahaja resepi ayam kari tanpa santan. Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa sendiri, nak pekat kurangkan air, nak lebih cair tambah air. Saya masak 3 ketul ayam untuk makan 3 orang sahaja, jadi sesuaikan sahaja resepi diatas.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan | | 4.5