Resepi Kari Ayam Yang Paling Best

MalayaDaily.comResepi Kari Ayam – Masakan ayam memang menjadi kesukaan saya sekeluarga terutama kari ayam. Walaupun kari ayam adalah lauk sejak zaman dahulu, tidak bermakna semua orang boleh memasak kari ayam yang sedap. Ramai yang request cara masak kari ayam yang mudah dan sedap. Oleh itu hari ini saya akan kongsikan resepi kari ayam simple dan sedap.

resepi kari ayam

Kari ayam bukan sahaja sebagai hidangan makan malam, tetapi boleh sahaja menjadi pelbagai juadah dan pencicah cekodok bilis dan roti jala. Saya teringat sahabat saya pernah membawa naik sepinggan kari ayam. Memang sedap kari ayam kuah pekat yang dibuatnya. Bagun pagi pagi saya sudah ke dapur untuk membuat kari ayam mengikut petua yang diberikannya. Jom kita layan resepi kari ayam di bawah ini kalau anda mahu mencuba.

Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 1 biji kentang saiz agak besar
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 keping kecil asam keping
  • 5 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 inci halia
  • 1/2 kotak santan kotak
  • 1 tangkai daun kari
  • kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • gula dan garam secukup rasa

Cara masak kari ayam

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis menggunakan 3-4 sudu minyak hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau menggunakan api sederhana.
  3. Masukkan air sedikit supaya rempah mesra bersama bahan lain dan kacau rempah hingga naik minyak.
  4. Masukkan ayam dan gaul-gaul ke dalam bahan rempah tadi.
  5. Tambahkan air lagi dan biarkan ayam seketika.
  6. Masukkan kentang dan daun kari dan biarkan hingga mendidih.
  7. Selepas itu masukkan santan, asam keping, gula dan garam secukup rasa, kacau dan biarkan hingga naik minyak.
  8. Kari ayam sudah siap dihidangkan.

Itu sahaja resepi kari ayam yang simple dan sedap yang boleh saya kongsikan disini. Saya guna separuh ekor ayam sahaja, sesuai untuk makan 2-3 orang. Resepi ini sangat sesuai dibuat kuah roti jala atau roti arab, sedap sampai menjilat jari.

Resepi Kari Ayam Yang Paling Best | admin | 4.5