Resepi Kek Batik Biskut Marie Sukatan Cawan

MalayaDaily.comResepi Kek Batik Biskut Marie Sukatan Cawan – Saya ingin kongsi resepi kek ringkas yang anak-anak suka, iaitu kek batik menggunakan biskut marie guna sukatan cawan. Sedap buat kek ni kerana ia mudah sangat, cuma perlu lebur semua dalam bekas. Dengan sedikit pengawasan, anak-anak peringkat sekolah rendah pun boleh cuba membuat sendiri untuk mengisi masa cuti sekolah.

Kek batik ini salah satu jenis kek yang tak payah memasaknya, hanya sahaja bila teringin nak buat kek ini tak boleh guna sembarang tepung. Anda memerlukan sedikit kreativiti supaya kek mirip batik. Kek batik ramai dicari semasa bulan ramadhan sebab ramai menjadi kegemaran keluarga. Kali ini saya cuba sedikit kelainan dengan mencuba kek batik menggunakan sukatan cawan. Saya kongsi resepi kek batik sukatan cawan kerana ada yang tak mempunyai timbangan di rumah, boleh guna cawan je.

Resepi Kek Batik Biskut Marie Sukatan Cawan

resepi kek batik biskut marie sukatan cawan

Bahan-bahan

  • biskut marie secukupnya
  • 200 gm milo (1 1/2 cawan)
  • 250 gm butter (1 cawan)
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat

Cara buat kek batik biskut marie sukatan cawan

  1. Cairkan butter dalam kuali menggunakan api kecil.
  2. Setelah cair, masukkan susu pekat, milo, dan serbuk koko sedikit demi sedikit.
  3. Gaul hingga sebati, halus dan tak berketul-ketul.
  4. Susun biskut marie dalam bekas/loyang kemudian curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan.
  5. Lapis lagi dengan biskut marie kemudian curahkan lagi dengan adunan dan ratakan.
  6. Ulang hingga adunan habis.
  7. Masukkan kek dalam peti sejuk.

Resepi ini berkaitan dengan:

Itu sahaja Resepi kek batik biskut marie ni menggunakan sukatan cawan. Bila anda suka kek batik yang lembut, patah-patahkan biskut marie terlebih dahulu dan biarkan ia lemau sikit. Kek akan terasa lembut semasa dicampur coklat.

Resepi ini berkaitan dengan:

  • resepi biskut merie
  • resepi kek batik sukatan cawan
  • resepi kek batik coklat sukatan cawan
  • resepi kek raya
Resepi Kek Batik Biskut Marie Sukatan Cawan | Malaya Daily | 4.5