Resepi Kek Batik Coklat Cheese

MalayaDaily.comResepi Kek Batik Coklat Cheese – Hidangan kek batik memang simple untuk para tetamu, sedap dan mudah buatnya. Ia tak menggunakan peratalan yang canggih dan senang dapat bahannya. Tetapi masalahnya cukup bosan apabila hanya makan kek batik biasa sahaja. Dalam kek batik ini saya tambahkan topping cream cheese.

Artikel lain yang berkaitan dengan kek batik coklat cheese:

Resepi Kek Batik Coklat Cheese

resepi kek batik coklat cheese

Bahan-bahan

  • 1 ketul buttercup
  • 900 g biskut marie
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 4 biji telur (dipukul hingga kembang)

Bahan topping

  • 250 g cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat

Cara buat kek batik coklat cheese

  1. Larutkan gula, susu pekat, serbuk koko, milo dan air panas dan gaul hingga sebati.
  2. Panaskan butter dalam periuk besar.
  3. Masukkan campuran serbuk koko tadi dan masak hingga mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan telur yang telah dipukul tadi.
  5. Kacau adunan hingga sebati dan hampir pekat.
  6. Tutup api dan letakkan biskut marie ke dalam loyang, ratakan dan tekan hingga padat.
  7. Tuang topping cream cheese di permukaan kek.
  8. Masukkan kek dalam peti sejuk selama 3 jam.

Selamat mencuba resepi kek batik coklat cheese diatas. Anda boleh tabur coklat rice jika suka setelah tuang topping.

Resepi ini berkaitan dengan:

  • resepi kek batik cheese sukatan cawan
Resepi Kek Batik Coklat Cheese | Malaya Daily | 4.5