Resepi Kek Batik Milo Lembut dan Sedap

MalayaDaily.comResepi Kek Batik Milo Lembut dan Sedap – Kek batik adalah satu resepi kek yang dibuat tanpa perlu dibakar. Dah lama saya tidak buat kek batik. Kek batik memang selalu menemani hari puasa keluarga saya. Kek ini biasa ramai dicari kat bulan ramadhan. Sedar tak sedar kita dah nak masuk bulan ramadhan. Mungkin anda akan sering melihat orang jual kek ni di FB dan kedai kat ramadhan, tetapi lebih sedap jika anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Bahan yang digunakan tidak banyak tetapi kek ini memerlukan sedikit kreativiti supaya kek mirip batik dan lebih senang dimakan.

resepi kek batik milo

Banyak-banyak opsi kek yang ada di buku masakan, tetapi saya lebih senang nak buat kek batik. Tak payah susah nak bakar, tak payah pakai tepung, dan bahan-bahan kek ni pun senang didapat. Anda boleh makan kek batik ni bersama air kosong je sebab kek ni kan dah manis, tak susah minum air manis lagi. Tapi ramai orang yang buka di google cari resepi kek batik yang tak manis sangat. Oleh itu, yang dikongsikan ni tak manis sangat sebab saya tak suka manis sangat.

Resepi Kek Batik Milo

 

Bahan-bahan

  • 2 cawan milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 buku buttercup
  • 1 paket biskut meri

Cara buat kek batik milo

  1. Masukkan butter yang telah dicairkan dan susu pekat ke dalam periuk.
  2. Gaul sebati dan panaskan dengan api sederhana.
  3. Masukkan milo dan serbuk koko dalam periuk.
  4. Gaul hingga semua sebati dn pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
  5. Masukkan esen vanilla dalam periuk, gaul sebati dan padamkan api.
  6. Masukkan biskut meri yang telah di patahkan ke dalam periuk dan gaul sekata.
  7. Letakkan ke dalam loyang yang telah dialas plastic dan padatkan kek.
  8. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga ia keras.

Kalau suka resepi kek batik milo yang rangup, jangan campur biskut meri dalam campuran milo tetapi susun je lapisan biskut lapis coklat. Kalau lebih suka kek batik lembut, patah-patah kan biskut meri dulu dan biarkan ia lemau sikit. Kek batik akan terasa lebih lembut dan sedap dimakan anak-anak.

Resepi Kek Batik Milo Lembut dan Sedap | | 4.5