Resepi Kek Batik Nestum

MalayaDaily.comResepi Kek Batik Nestum – Kali ini saya share satu versi kek batik yang sedap. Dah lama rasanya tak buat kek batik nestum. Kek batik ni kelainan sikit sebab guna serbuk koko dan ada nestum. Mesti semua orang suka nestum, tetapi nestum yang digunakan ni yang ada jenama buat minum tu. Tak susah cari nestum yang digunakan dari kedai bakeri.

Artikel lain yang berkaitan dengan kek batik nestum:

Resepi Kek Batik Nestum

resepi kek batik nestum

Bahan-bahan

  • 600 g roti marie (dipatah 4)
  • 3 camca besar serbuk koko
  • 3 camca besar nestum
  • 250 g buttercup
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara buat kek batik nestum

  1. Masukkan susu pekat manis, serbuk koko, bestum dan esen vanilla ke dalam bekas dan kacau hingga sebati.
  2. Panaskan buttercup dengan api perlahan hingga mencair.
  3. Masukkan buttter ke bekas dan kacau semua bahan hingga agak pekat.
  4. Masukkan roti yang telah dipatahkan dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang kek ke dalam loyang yang telah ditabur sedikit nestum diatasnya.
  6. Setelah dituang, tekan-tekan kek hingga rata.
  7. Taburkan lagi sedikit nestum diatas kek.
  8. Masukkan kek dalam peti sejuk semalaman.

Saya cuba resepi kek batik nestum ni menggunakan loyang empat segi 8×8. Bila lepas biskut digaul dengan coklat masih ada lebihan coklat, curahkan nestum dekat ada lebihan coklat sambil gaul rata. Untuk padatkan biskut anda boleh gunakan cling wrap menutupi permukaan liyang dan tekan biar padat. Tujuannya supaya elakkan biskut melekat kat sudip. Jika nak bagi potongan kemas, seeloknya anda gunakan pisau tajam.

Resepi ini berkaitan dengan:

  • resepi kek batik nestum
Resepi Kek Batik Nestum | Malaya Daily | 4.5