Resepi Kek Batik Lembut dan Mudah

MalayaDaily.comResepi Kek Batik – Saya ingin kongsi resepi kek ringkas yang anak-anak suka, iaitu kek batik menggunakan biskut marie guna sukatan cawan. Sedap buat kek ni kerana ia mudah sangat, cuma perlu lebur semua dalam bekas. Dengan sedikit pengawasan, anak-anak peringkat sekolah rendah pun boleh cuba membuat sendiri untuk mengisi masa cuti sekolah.

resepi kek batik biskut marie sukatan cawan

Kek batik ini salah satu jenis kek yang tak payah memasaknya, hanya sahaja bila teringin nak buat kek ini tak boleh guna sembarang tepung. Anda memerlukan sedikit kreativiti supaya kek mirip batik. Kek batik ramai dicari semasa bulan ramadhan sebab ramai menjadi kegemaran keluarga. Kali ini saya cuba sedikit kelainan dengan mencuba kek batik menggunakan sukatan cawan. Saya kongsi resepi kek batik sukatan cawan kerana ada yang tak mempunyai timbangan di rumah, boleh guna cawan je.

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan

  • biskut marie secukupnya
  • 2 cawan milo
  • 1 buku buttercup
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis

Resepi ini berkaitan dengan:

Cara buat kek batik

  1. Cairkan butter dalam periuk menggunakan api kecil.
  2. Setelah cair, masukkan susu pekat, milo, dan serbuk koko sedikit demi sedikit.
  3. Gaul hingga sebati, halus dan pastikan tiada yang berketul-ketul.
  4. Masukkan esen vanilla, gaul sebati dan padamkan api.
  5. Susun biskut marie yang telah dipatahkan (boleh patah 2 atau 4, tapi jangan sampai hancur) dalam bekas/loyang yang telah dialas plastik.
  6. Curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan.
  7. Lapis lagi dengan biskut marie kemudian curahkan lagi dengan adunan dan ratakan.
  8. Ulangi hingga adunan habis.
  9. Padatkan kek batik tadi dengan menekan permukaan kek menggunakan belakang sudu.
  10. Masukkan kek dalam peti sejuk selama 4 jam hingga beku.
  11. Keluarkan kek 30 minit sebelum dipotong.

Itu sahaja Resepi kek batik ni menggunakan sukatan cawan. Bila anda suka kek batik yang lembut, patah-patahkan biskut marie terlebih dahulu dan biarkan ia lemau sikit. Kek akan terasa lembut semasa dicampur coklat. Ada yang pernah cakap apabila tak ada biskut marie pun boleh guna cream cracker jacob, tetapi tekstur dan rasanya lain sikit. Sila cuba sendiri di rumah, saya sudah lama tidak pernah cuba lagi guna biskut cracker.

Resepi ini berkaitan dengan:

  • resepi kek batik sukatan cawan
  • resepi kek batik
  • kek batik
  • cara buat kek batik
  • kek batik kukus
  • cara kek batik
  • cara membuat kek batik
  • kek batik sukatan cawan
  • biskut batik
  • resepi kek batik lembut
Resepi Kek Batik Lembut dan Mudah | Malaya Daily | 4.5