Resepi Kek Coklat Cheese Kukus

MalayaDaily.comResepi Kek Coklat Cheese Kukus – Setiap hari raya keluarga saya selalu buat kek coklat lapis cheese ni. Kek coklat cheese kukus menjadi satu hidangan kegemaran keluarga saya. Sangat senang buat kek ni kerana simple dan sedap rasanya. Rasa coklat pekat dan cheese membuat air liur menetes. Masa sibuk pun anda boleh buat kek coklat cheese ini.

resepi kek coklat cheese kukus

Resepi Kek Coklat Cheese Kukus

Bahan kek coklat

  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 2 biji telur
  • sedikit garam

Cara buat kek coklat

  1. Ayak dan campurkan serbuk koko, baking soda, tepung gandum, dan baking powder dalam satu bekas.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dalam bekas lain.
  3. Masukkan garam, vanilla, susu, minyak masak dan air panas hingga adunan sekata.
  4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam bekas susu dan gaul hingga sebati.
  5. Biarkan sekejap dan bahagikan adunan menjadi 2 bahagian.

Bahan cream cheese

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 sudur tepung gandum
  • 1 sudu besar air
  • 1 biji telur

Cara buat cream cheese

  1. Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur, tepung gandum, dan air dan pukul-pukul hingga sebati dan kembang.

Cara buat kek coklat cheese kukus

  1. Sapukan marjerin di loyang dan alas dengan kertas minyak.
  2. Tuangkan satu adunan di loyang dan tutup dengan aluminium foil.
  3. Kukus adunan selama 20 minit dengan api sederhana.
  4. Setelah itu, angkat loyang dan tuang adunan cream cheese di atasnya.
  5. Kukus semula selama 15 minit.
  6. Setelah itu, angkat loyang dan tuang adunan coklat selebihnya.
  7. Kukus lagi selama 20 minit hingga semua bahagian masak.
  8. Bila dah masak, angkat dan biarkan sejuk.

Itu sahaja resepi kek coklat cheese kukus sedap dan menyelerakan. Gunakan aluminium foil supaya wap air tidak masuk ke dalam adunan kek. Jom mula buat keknya. Semoga anda berjaya membuat kek coklat cheese ini.

Resepi Kek Coklat Cheese Kukus | | 4.5