Resepi Kek Coklat Cheese Meleleh

MalayaDaily.comResepi Kek Coklat Cheese Meleleh – Baru-baru ni saya teringin nak buat kek untuk diberikan kepada anak-anak tersayang. Lepas pikir-pikir, diputuskan untuk buat kek coklat cheese meleleh. Memandangnya anak-anak suka makan cheese pasti terliur makannya nanti. Selepas dibuat, memang kejap je habis kek ni, berebut nak makannya.

Resepi Kek Coklat Cheese Meleleh

resepi kek coklat cheese meleleh

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan air panas
  • secubit garam

Cara buat kek coklat cheese meleleh

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, dan soda bikarbonat.
  2. Satukan gula halus dan telur (masukkan satu persatu), putar hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanilla dan garam, putar lagi.
  4. Masukkan susu cair, minyak jagung dan air panas, putar lagi.
  5. Masukkan bahan yang telah diayak tadi, putar hingga sebati.
  6. Lepas tu, sapukan lyang dengan mentega dan tuang adunan ke dalam loyang.
  7. Tutup loyang guna aluminium foil supaya tak kena wap air semasa mengukus.
  8. Kukus kek hingga masak.

Bahan cream cheese

  • 250 gm cream cheese
  • 120 gm sus pekat manis
  • 50  ml uht cream

Cara buat cream cheese

  1. Putar semua bahan diatas hingga sebati dan berkrim.
  2. Tambahkan susu full cream jika mahu adunan yang lebih cair dan meleleh.
  3. Letakkan cream diatas dan di tengah-tengah kek coklat, dan parutkan cheese sesuka hati.

Inilah resepi kek coklat cheese meleleh sukatan cawan. Kek ni berperisa coklat dan bertopping cheese yang meleleh. Lagi sedap bila makan kek ni selepas disejukkan sekejap di dalam peti sejuk.

Resepi Kek Coklat Cheese Meleleh | | 4.5