Resepi Kek Coklat Kukus Lembut dan Moist

MalayaDaily.comResepi Kek Coklat Kukus – Kek coklat merupakan kek yang paling digemari ramai kerana rasanya lembut dan senang buatnya. Apalagi rasa kek coklat kukus yang moist saat coklat cair bertamu dimulut. Kek coklat moist ini dilimpahi dengan coklat ganache yang menggiurkan membuat ia menjadi kegilaan sesiapa sahaja. Tidak kira tua atau muda, pasti akan menyukainya hingga menjilat jari.

resepi kek coklat kukus

Disini saya akan berkongsi cara membuat kek coklat yang moist, lembut dan mudah buatnya. Saya mengenang pertama kali saya mencari resepi kek coklat ini di internet, begitu banyak saya temui rakan blogger telah kongsikan, tetapi saya akun akan kelemahan sendiri. Saya mencari resepi kek coklat kukus yang simple menggunakan sukatan cawan. Akhirnya saya temui satu yang best menggunakan sukatan cawan.

Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan A

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak / marjerin cair
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 sudu esen perisa vanilla
  • 4 biji telur

Cara buat kek batik kukus

  1. Campurkan semua bahan A ke dalam kuali, masak hingga larut cair menggunakan api kecil.
  2. Campurkan semua bahan B dan ayak ke dalam periuk hingga sekata.
  3. Ambil telur dan pukul dalam periuk lain hingga kembang anggaran 5 minit.
  4. Masukkan campuran bahan A ke dalam periuk telur, kacau hingga sekata.
  5. Masukkan campuran bahan B ke dalam periuk campuran bahan A dan telur sedikit demi sedikit.
  6. Pastikan adunan sekata dan tidak berketul-ketul.
  7. Sapu marjerin pada loyang pengukus, dan masukkan adunan kek ke dalam loyang.
  8. Didihkan air dan masukkan loyang ke dalam pengukus.
  9. Tutup loyang menggunakan aluminium foil supaya memastikan wap air tidak kena kek.
  10. Kukus kek selama 1 jam.

Bahan ganache

  • 1/2 bar coklat (dicairkan)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu mentega / marjerin
  • 1/3 cawan susu segar (opsi)

Cara buat ganache

  1. Masukkan susu pekat manis, coklat cair dan marjerin guna kaedah double boiler.
  2. Jika hendak membuat ganache kek coklat pekat, jangan letak susu segar.
  3. Tunggu hingga sejuk dan siram diatas kek.

Resepi ini berkaitan dengan:

Resepi kek coklat kukus lembut dan moist sudah siap dihidangkan untuk seisi keluarga. Sementara menunggu kek masak, anda boleh mengambil masa untuk membuat ganache / topping kek. Sangat berbaloi melihat keluarga menjilat jari dan mengulang makan kek coklat homemade ini.

Resepi ini berkaitan dengan pencarian:

  • resepi kek coklat kukus lembut sukatan cawan
  • resepi kek coklat moist
Resepi Kek Coklat Kukus Lembut dan Moist | | 4.5