Resepi Kek Coklat Moist Simple

MalayaDaily.comResepi Kek Coklat Moist Simple – Kek coklat menjadi resepi turun-temurun yang paling digemari. Kek coklat moist ini dilimpahi dengan coklat ganache yang membuat kegilaan sesiapa sahaja. Tidak kira tua muda, pasti semua akan menyukai hingga menjilat jari saat memakannya.

Resepi Kek Coklat Moist

resepi kek coklat moist

Bahan kek coklat

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan marjerin cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen perisa vanila

Cara buat kek coklat moist

  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin dalam kuali.
  2. Masak semua bahan hingga larut cair menggunakan api kecil supaya ia larut sekata.
  3. Ayak dan campurkan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat hingga sekata.
  4. Pukul telur selama 5 minit hingga kembang.
  5. Masukkan campuran susu tadi dengan telur yang telah dipukul hingga semua bahan sekata.
  6. Masukkan campuran tepung tadi ke campuran susu dan telur sedikit demi sedikit.
  7. Kacau selalu hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  8. Sapukan merjerin pada loyang dan letakkan adunan kek ke dalam loyang.
  9. Bila air di pengukus sudah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus.
  10. Kukus adunan kek selama 1 jam.

Bahan ganache

  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar mentega

Cara buat ganache

  1. Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk menggunakan api kecil.
  2. Kacau selalu hingga campuran pekat.
  3. Masukkan mentega dan tutup api.
  4. Tunggu hingga sejuk dan siram di atas kek coklat.

Itu sahaja resepi kek coklat moist yang sedap dan menyelerakan. Sila gunakan alumunium foil untuk menutup loyang kek supaya memastikan wap air tidak kena kek semasa mengukus.

Resepi Kek Coklat Moist Simple | Malaya Daily | 4.5