Resepi Kek Marble Pelangi Kukus Sukatan Cawan

MalayaDaily.comResepi Kek Marble Pelangi Kukus Sukatan Cawan – Memang sudah lama betul saya tidak membuat kek dan kuih muih. Saya lebih sering memasak lauk pauk sahaja. Di hujung minggu ini saya cuba buat kek marble pelangi kukus yang simple dan sedap rasanya. Resepi kek ini saya dapat dari rakan saya yang memang berniaga kek di pasar. Kek marble pelangi mempunyai tekstur lembut dan penampilan belang-belang yang cantik.

resepi kek marble pelangi kukus

Saya buat kek pelangi ini guna meriangkan hati yang akan mula bekerja lagi. Dengan warna kek pelangin, hati pun turut riang. Anak saya pun turut membantu membuatnya. Memang perlu masa agak lama untuk menyediakan banyak warna, tetapi tak apalah untuk mendapatkan sebahagian kepuasan dalam membuat kek cantik. Kek ini memang rasanya sedap dan teksturnya lembut. Rahsia kek sedap iaitu dengan biarkan kek selepas masak sehari kerana butter akan mula serasi dengan keseluruhan kek.

Resepi Kek Marble Pelangi Kukus

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 1 cawan mentega
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2-3 sudu besar susu segar
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna yang disukai

Cara buat kek marble pelangi kukus

  1. Masukkan mentega dan gula ke dalam bekas, pukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu dan pukul semula hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanilla, kacau hingga rata.
  4. Bubuhkan tepung gandum bercampur serbuk penaik, kacau semula hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan menjadi 7 bahagian, dan warnakan dengan warna berbeza (satu adunan dengan koko).
  6. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk pengukus yang telah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya letakkan kertas kalis minyak.
  7. Tutup dengan aluminium foil dan kukus kek selama 1 jam hingga ia masak.

Itu sahaja resepi kek marble pelangi kukus. Sesuaikan kreativiti anda untuk selang seli warna. Untuk mendapatkan kek yang lebih lembut, anda boleh tambahkan 2-3 sudu besar susu segar. Mudah jer kan nak buat kek ini? Kalau rasa malas nak mengukus, dibakar dengan oven pun tidak apa seperti kek lain. Anda juga boleh mengukus dalam bekas kek yang kecil ala cupcake.

Resepi Kek Marble Pelangi Kukus Sukatan Cawan | | 4.5