Resepi Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebu

MalayaDaily.comResepi Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebu – Siapa sahaja yang suka makan pisang? Hari ini kita akan cuba buat satu kek yang bahan azasnya pisang. Kek pisang yang akan kita buat rasanya sedap, lembab dan mudah buatnya. Ada pelbagai cara membuat kek pisang, tetapi saya lebih suka membuat kek kukus kerana menjadi lembut bila dimakan. Lagipun kek pisang memang bagus untuk anak-anak kerana berkhasiat dan kaya sumber protien.

resepi kek pisang kukus

Memang ramai penggemar kek pisang. Saya biasa tengok kat kedai yang jual kek ni ramai yang beli. Orang ramai berniaga kek pisang, tapi bila kek pisang dibuat sendiri dengan kasih sayang mengadunnya, pasti kek jadi lagi sedap. Mungkin kerana buah pisang yang mudah didapat dan rasanya manis. Banyak resepi kek yang telah saya cuba sendiri di rumah, tetapi resepi kek pisang ini yang paling best. Pisang yang digunakan haruslah betul-betul masak harum manis. Anda juga boleh cuba buat tanpa telur, tetapi ada berbeza rasa. Ia tak gebu sangat.

Resepi Kek Pisang Kukus

Bahan-bahan

  • 4 biji pisang berangan
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula

Cara buat kek pisang kukus

  1. Ayak dan satukan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  2. Bahan tepung yang telah disatukan tadi dimasukkan ke dalam bekas bekas.
  3. Blend pisang berangan, minyak, gula dan telur.
  4. Tuang bahan yang telah diblend tadi ke dalam bekas tepung.
  5. Kaup balik tepung dan bahan yang telah diblend hingga sebati.
  6. Tuang adunan di atas loyang pengukus yang telah dilapik kertas minyak.
  7. Masukkan dalam pengukus dan kukus selama 45 minit hingga masak.

Itu sahaja resepi kek pisang kukus lembut dan gebu. Resepi ini best kerana ia menggunakan sukatan cawan sahaja, dan hanya blend semua bahan, tak payah mixer. Kalau nak dibakar, bakar kek pada suhu 170 C selama 1 jam hingga masak. Cucuk tengah lidi untuk merasa tanda kek sudah masak. Kalau payah cari pisang berangan, boleh gantikan dengan 7-8 biji pisang emas.

Resepi Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebu | | 4.5