Resepi Lasagna Paling Sedap dan Simple

MalayaDaily.comResepi Lasagna ni saya ambil dari satu buku masakan. Rasanya sedap dan buatnya pun mudah. Sebenarnya ini kali pertama saya dalam membuat lasagna. Sudah banyak sekali nak buat lasagna macam apa, tetapi kerana di buku masakan tu disertakan gambar, buat terliur je. Saya pun tidak sangka membuat lasagna sebenarnya mudah.

resepi lasagna

Untuk membuat resepi lasagna yang sedap, saya menggunakan sos putih di setiap layer lasagna. Baru sedap rasanya, meleleh air liur kerana sos yang meleleh. Sos putih ni sangat kaya rasa dengan cheese. Lasagna yang akan saya kongsikan ini sesuai untuk dimakan bersama steak, spaghetti dan diratah pun boleh. Sila ikut citarasa anda mengubah sos putih ni, tetapi disini saya hanya menggunakan sos putih basic sahaja.

Resepi Lasagna

Bahan inti lasagna

  • 1 pack lasagna instant
  • 1 pack daging kisar ramlee
  • 3 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1/2 batang carrot (dipotong dadu)
  • 1 tin cendawan (dihiris)
  • 1 tin sos spaghetti Kimball
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam

Cara masak inti lasagna

  1. Rebus lasagna instant sehingga lentur (tidak masak sangat), tos dan susun diatas dulang.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar dan masak hingga air daging kering.
  4. Masukkan sos spaghetti dan biarkan sebentar.
  5. Masukkan cendawan, carrot, dan serbuk oregano.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Angkat dan ketepikan.

Bahan sos putih

  • 1 pack cheddar cheese
  • 2 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 cawan susu segar full cream
  • 1/2 sudu garam

Cara masak sos putih

  1. Panaskan mentega hingga mencair.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau dan masak hingga kekuningan.
  3. Masukkan susu segar full cream dan gaul hingga rata.
  4. Masukkan cheddar cheese dan gaul hingga cair dan sebati.
  5. Masukkan sedikit garam dan masak hingga sos likat.

Bahan layer lasagna

  • mozarella cheese
  • parmesan cheese

Cara buat lasagna

  1. Sapu loyang dengan mentega.
  2. Letakkan lasagna instant yang telah direbus tadi dilapisan bawah.
  3. Letakkan inti daging diatasnya menutupi kepingan lasagna.
  4. Layerkan inti daging dengan sos putih yang telah dibuat.
  5. Taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese.
  6. Ulangi langkah semula hingga loyang penuh.
  7. Masukkan lasagna dalam oven dengan suhu 160 C selama 40 minit.

Itu sahaja resepi lasagna paling sedap dan simple. Memang berselera nak makan terus macam ini ni. Tapi ingat tak boleh makan selalu, nanti boleh berat badan naik mencanak. Kalau hanya makan sesekali, boleh hantam sampai puas. Makan lasagna di restoran hanya sepinggan ciput dah mahal, lebih baik anggarannya buat sendiri di rumah. Boleh dapat banyak untuk makan seisi keluarga.

Resepi Lasagna Paling Sedap dan Simple | | 4.5