Resepi Nasi Ayam Madu

Resepi Nasi Ayam Madu – Hello jumpa lagi di MalayaDaily.com, hari ini saya akan kongsikan masakan yang mudah-mudah sahaja, iaitu nasi ayam madu. Makanan ini boleh dihidangkan semasa makan pagi dan makan tengahari. Sebenarnya saya tak nak masak nasi ayam ni, tiba-tiba anak saya bertanya bila nak masak nasi ayam. Bila saya bilang mencadangkannya minggu berikutnya, ia pasti bilang lama lagi. Tak sampai hati saya menghampakan permintaan anak-anak.

resepi nasi ayam madu

Resepi nasi ayam madu ini memang seperti nasi ayam biasa yang suka dibuat, hanya sahaja ia ditambah madu ketika memerap ayam sebelum digoreng. Anda boleh memanggang ayam di dalam oven jika tak nak digoreng. Ayam yang dipanggang lebih lembut dan juicy.

Resepi Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong 8, dibersihkan dan toskan)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 cm halia (ditumbuk halus)
  • 1 kiub ayam

Bahan perap

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 cm halia (ditumbuk halus)
  • madu

Cara masak ayam madu

  1. Lumurkan ayam yang telah dipotong-potong dengan 2 ulas bawang putih dan halia yang telah ditumbuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam hingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan campuran bahan perap selama 30 minit.
  4. Goreng ayam dengan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
  5. Akhir sekali, goreng ayam semula hingga masak dan sapukan lagi dengan madu.

Bahan nasi

  • 3 cawan beras (dibasuh dan toskan)
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 bunga lawang
  • 4 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 1 cm halia (ditumbuk halus)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu besar butter
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa

Cara masak nasi ayam madu

  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan, serai, halia dan bawang putih menggunakan butter hingga garing.
  2. Masukkan beras dan masak seketika hingga naik bau.
  3. Masukkan air rebusan ayam, kunyit dan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masak nasi seperti biasa.

Bahan sup

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • rempah sup bunjut
  • air rebusan ayam
  • daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • garam secukup rasa

Cara masak sup

  1. Rebus air rebusan ayam bersama bawang besar, rempah sup bunjut, dan garam secukup rasa.
  2. Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.

Bahan sos

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Cara buat sos

  1. Kisar semua bahan diatas.
  2. Masak sebentar campuran bahan diatas untuk menaikkan aroma.

Bahan kuah kicap

  • kicap manis
  • kuah kicap perapan ayam
  • sedikit garam
  • air rebusan ayam

Cara buat kuah kicap

  1. Campurkan semua bahan diatas dan masak seketika.
  2. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Itu sahaja resepi nasi ayam madu yang boleh saya kongsikan hari ini. Saya biasanya menggunakan kicap Cap Gajah yang boleh menyedapkan nasi ayam. Pastikan ayam tidak direbus lama sangat supaya isi ayam tidak hancur semasa digoreng.

Resepi Nasi Ayam Madu | | 4.5