Resepi Nasi Ayam Penyet Asli

MalayaDaily.comResepi Nasi Ayam Penyet Asli – Ramai orang yang menamakan makanan ini dengan jenama ayam penyet. Makanan ini sangat popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Penyet bermula dari bahasa Jawa yang bermaksud lumat. Dalam basaha Indonesia, ia bermaksud makanan yang dimasak dan dilumat.

resepi nasi ayam penyet

Memang agak remeh apabila menyediakan makanan ini, tetapi hasilnya sangat memuaskan dan sedap. Ayam penyet ini digabungkan bersama nasi yang dimasak bersama air rebusan ayam. Jika makan di luar, untuk makan satu hidangan sahaja kosnya agak tinggi. Jika masak sendiri lebih menjimat dan puas hati.

Resepi Nasi Ayam Penyet

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong beberapa bahagian dan cuci bersih)
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam/daging BABAS
  • 1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air
  • minyak masak

Cara masak ayam penyet

  1. Rebus ayam hingga empuk, tambahkan kuib, angkat dan toskan.
  2. Tumis jintan putih, jintan manis dan ketumbar tanpa minyak hingga wangi.
  3. Masukkan serbuk lada putih, halia, garam, bawang putih, serbuk kari dan serbuk kunyit.
  4. Tambahkan sedikit air dan kisar semua bahan tadi hingga halus.
  5. Lumurkan bahan perapan tadi pada ayam yang telah direbus.
  6. Perap ayam semalaman sebelum digoreng supaya lebih sedap, kalau nak lebih cepat perap 2-3 jam sahaja.
  7. Baki perapan ayam dan campurkan dengan telur dan tepung beras.
  8. Tambahkan garam secukup rasa dan kacau hingga rata.
  9. Celupkan ayam dan goreng hingga kuning keemasan.

Bahan sup

  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • baki air rebusan ayam
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • bawang goreng

Cara buat sup

  1. Baki air rebusan ayam sebahagian buat sup dan sebahagian kita buat nasi.
  2. Tambahkan halia, serai dan sup bunjut, masak hingga mendidih.
  3. Perasakan garam, tabur daun bawang dan daun sup.

Bahan nasi ayam penyet

  • 3 cawan beras (dicuci dan toskan)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit garam
  • sedikit butter

Cara buat nasi ayam penyet

  1. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan daun pandan guna butter hingga harum.
  2. Masukkan beras dan masak sebentar anggaran 5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa.
  4. Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak.

Bahan sambal penyet

  • 10 tangkai cili padi
  • 10 biji bawang merah (dibelah 4)
  • 3 biji bawang putih (dihiris)
  • 10 biji tangkai cili merah
  • 5 biji tomato (dibelah 4)
  • 3 sudu besar gula merah
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • limau kasturi / limau nipis
  • minyak masak

Cara membuat sambal penyet

  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng bawang merah, tomato, cili merah dan cili padi hingga layur.
  3. Padamkan api dan tunggu bahan sambal sejuk sikit.
  4. Kisar sos tadi, ikan bilis dan belacan guna blender.
  5. Tumis bahan sos yang telah dikisar tadi hingga harum.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam, gula merah dan limau kasturi.

Itu sahaja resepi nasi ayam penyet. Ramai yang sudah mencuba dan rata-rata mendapat pujian hebat. Bahannya tak sukar, masaknya senang, dan rasanya terbaik. Asli bikin ngiler ayam penyetnya, tak sabar nak makan.

Resepi Nasi Ayam Penyet Asli | admin | 4.5