Resepi Nasi Ayam Paling Sedap dan Simple

MalayaDaily.comResepi Nasi Ayam Paling Sedap dan Simple – Pusing nak masak apa untuk tengahari ni? Kalau tidak ada idea boleh ikut saya masak nasi ayam simple dan sedap ni. Tak perlu nak berfikir lauk-lauk lain kerana anak-anak pasti suka. Anak-anak memang tak pernah jemu makan nasi ayam.

resepi nasi ayam

Yang saya kongsi ni masak nasi ayam letak lemaknya. Kebanyakan orang memang suka masukkan lemak ayam, terutama yang berniaga nasi ayam. Ini menjadi kunci kesedapan nasi ayam yang dibuat. Tak banyak pun yang digunakan, cuma 2 sudu besar lemak ayam sahaja untuk 3 cawan beras. Lemak ayam membuat aroma nasi menjadi harum.

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong 4 bahagian)
  • 1 sup bunjut
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)

Bahan perap

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu

Cara masak ayam

  1. Rebus ayam dengan semua bahan hingga mendidih.
  2. Keluarkan ayam dan toskan.
  3. Separuh air rebusan akan digunakan untuk emmasak nasi dan separuh lagi untuk dijadikan sup.
  4. Perap rebusan ayam dengan sos tiram, kicap cair, kicap manis dan madu.
  5. Goreng ayam hingga keperangan dan potong ketika menghidangkan.

Bahan nasi

  • 3 cawan beras (dibasuh)
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 helai daun pandan (disimpul
  • 1 sudu teh garam
  • lemak dan kulit ayam

Cara masak nasi ayam

  1. Panaskan minyak dan sedikit mentega didalam periuk nasi.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Masukkan lemak ayam, kacau hingga sebati dan pecah minyak.
  4. Masukkan beras dan kacau semula.
  5. Akhir sekali, masukkan air rebusan ayam, daun pandan dan garam. Masak seperti biasa.

Cara buat kuah cili: Kisar 5 tangki cili, 1 ulas bawang, 1/2 sudu teh cuka, 2 sudu besar sos cili, garam dan gula secukup rasa.

Cara buat kuah kicap: Campurkan 1 cawan air rebusan ayam, 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu teh minyak bijan.

Artikel ini berkaitan dengan:

Itu sahaja resepi nasi ayam paling sedap dan simple. Rebusan ayam selebihnya boleh buat sup dengan menambahkan kuib ayam, daun sup, dan daun bawang. Taburkan bawang goreng diatasnya sebagai hiasan.

Resepi ini berkaitan dengan:

  • resepi nasi ayam
  • nasi ayam simple
  • resepi nasi ayam sedap
  • cara buat nasi ayam
  • resepi nasi ayam simple
  • cara masak nasi ayam
  • nasi ayam
  • cara memasak nasi ayam
  • masak nasi ayam
  • cara membuat nasi ayam
Resepi Nasi Ayam Paling Sedap dan Simple | Malaya Daily | 4.5