Resepi Nasi Lemak Hijau Pandan

MalayaDaily.comResepi Nasi Lemak Hijau Pandan – Membuat nasi lemak memang asyik kerana mudah dan sedap. Tetapi boleh sesekali tukar nasi lemak biasa dengan nasi lemak hijau. Ia membuat tukar warna dan rasa sebab ada halba dan serai ketuk. Jom kita buat.

Artikel lain yang berkaitan dengan nasi lemak hijau pandan:

Resepi Nasi Lemak Hijau Pandan

resepi nasi lemak hijau pandan

Bahan nasi

  • 3 cawan beras (dibasuh)
  • 1 paket santan
  • 1/2 inci halia
  • 3 tangkai daun pandan
  • air pandan yang telah diblend
  • sedikit esen pandan
  • halba

Bahan sambal

  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara masak nasi lemak hijau pandan

  1. Gaul beras dengan santan pekat, halia, halba dan daun pandan.
  2. Tambahkan sedikit garam, air pandan, dan esen pandan mengikut sukatan beras.
  3. Masak nasi hingga kering dan kukus beberapa minit supaya nasi nampak cantik dan elok berderai.
  4. Blender cili kering hingga hancur.
  5. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk hingga garing dan naik bau.
  6. Masukkan cili kering ke dalam tumisan dan kacau dengan api perlahan hingga masak.
  7. Letakkan sedikit air asam jawa dan bawang besar yang telah dihiris.
  8. Letakkan garam dan gula secukup rasa.

Untuk lauk resepi nasi lemak hijau pandan ni anda ikut citarasa masing-masing je. Untuk nasi yang lebih sedap dan wangi, kukus nasi dengan daun pisang. Kalau nak nambah ikan bilis goreng di sambal pun boleh.

Resepi Nasi Lemak Hijau Pandan | Malaya Daily | 4.5