Resepi Nasi Lemak Pandan

MalayaDaily.comResepi Nasi Lemak Pandan – Nasi lemak adalah satu hidangan khas warga Melayu yang menggunakan olahan beras yang dimasak dengan campuran santan pekat. Nasi lemak memiliki rasa yang gurih dan wangi. Membuat nasi lemak memang asyik kerana mudah dan sedap. Untuk hujung minggu ini saya sediakan nasi lemak. Dah lama tak buat pun, cuma kali ini saya nak ubah sikit daripada nasi lemak biasa kepada nasi lemak pandan.

resepi nasi lemak hijau pandan

 

Nasi lemak memang boleh dikreasikan dengan warna hijau kerana ia menggunakan paduan daun pandan. Nasi lemak pandan iaitu beras yang dimasak dengan santan dan tambahan air hirisan daun pandan. Ia membuat tukar warna dan rasa sebab ada halba dan serai ketuk. Nasi lemak lawannnya sambal tumus. Anda boleh masak sambal tumis ikan bilis, sotong, udang atau sambal tumis yang biasa anda buat. Sedap juga digandingkan dengan ayam goreng dan hirisan telur dadar.

Resepi Nasi Lemak Pandan

Bahan nasi

  • 3 cawan beras (dibasuh)
  • 1 paket santan
  • 1/2 inci halia
  • 3 tangkai daun pandan
  • air pandan yang telah diblend
  • sedikit esen pandan
  • halba

Baca juga: resepi nasi lemak

Bahan sambal

  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara masak nasi lemak pandan

  1. Gaul beras dengan santan pekat, halia, halba dan daun pandan.
  2. Tambahkan sedikit garam, air pandan, dan esen pandan mengikut sukatan beras.
  3. Masak nasi hingga kering dan kukus beberapa minit supaya nasi nampak cantik dan elok berderai.
  4. Blender cili kering hingga hancur.
  5. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk hingga garing dan naik bau.
  6. Masukkan cili kering ke dalam tumisan dan kacau dengan api perlahan hingga masak.
  7. Letakkan sedikit air asam jawa dan bawang besar yang telah dihiris.
  8. Letakkan garam dan gula secukup rasa.

Baca juga: resepi nasi lemak tanpa santan

Untuk lauk resepi nasi lemak pandan ni anda ikut citarasa masing-masing je. Untuk nasi yang lebih sedap dan wangi, kukus nasi dengan daun pisang. Kalau nak nambah ikan bilis goreng di sambal pun boleh. Satu petua akhir untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap adalah dengan memasak cili hingga benar-benar masak. Cili kurang masak boleh membuat sambal kurang umph. Lebih-lebih bila anda memilih belacan yang elok.

Resepi Nasi Lemak Pandan | | 4.5