Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan

MalayaDaily.comResepi Nasi Lemak Tanpa Santan – Nasi lemak ini lembut dan harum, rasanya seakan-akan nasi lemak biasa. Hanya sahaja kita tidak gunakan santan. Nasi lemak ini sesuai bagi anda yang nak kurangkan kolestrol kerana santan. Tetapi anda boleh hidangkan nasi lemak bersama sambal ikan bilis, ayam masak merah, sambal udang, dan sotong.

Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan

resepi nasi lemak tanpa santan

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras (dicuci bersih)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji bawang kecil (dihiris)
  • 1 hiris halia
  • 1 cawan susu
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu minyak kelapa dara (optional)
  • rempah empat sekawan
  • daun pandan
  • garam secukup rasa

Cara masak nasi lemak tanpa santan

  1. Tumis rempat empat sekawan.
  2. Masukkan halia, bawang putih, bawang kecil yang telah dihiris dan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
  4. Masukkan susu, air, dan daun pandan ke dalam rice cooker.
  5. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam rice cooker.
  6. Taburkan garam dan minyak kelapa dara secukup rasa dan kacau hingga sekata.
  7. Hidupkan rice cooker dan biarkan tunggu hingga masak.

Resepi nasi lemak tanpa santan biasa di makan pada waktu pagi hari. Lebih sedap dimakan bersama telur rebus atau telur goreng. Masak nasi lemak ni lebih sihat dan sedap.

Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan | | 4.5