Resepi Nasi Lemak

MalayaDaily.comResepi Nasi Lemak – Ia adalah satu makanan tradisi yang sangat popular di Malaysia. Ia boleh didapati di Singapura, Brunei, dan Indonesia. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak menggunakan santan untuk menambah rasa lemaknya. Untuk menambah aroma, daun pandan juga diletakkan semasa nasi dimasak. Pada zaman dahulu, nasi lemak disajikan secara ringkas dengan telur, timun, sambal, ikan bilis dan kacang goreng. Masa sekarang nasi lemak disajikan bersama daging, ayam, sotong, dan udang.

resepi nasi lemak kukus

Nasi lemak adalah satu hidangan yang mudah dan ringkas. Tetapi ia dikatakan sebagai hidangan yang tidak begitu sihat dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemak menurut pakar pemakanan. Pada mulanya nasi lemak bukanlah makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu pada umumnya. Amalan pemakanannya merupakan satu bentuk bekalan kepada para pesawah padi dan orang yang mengusahakan kebun kerana ia boleh membekalkan tenaga yang lebih baik daripada karbohidrat pada umumnya. Kini ia menjadi satu opsi makanan harian kerana ringkas dan harga yang murah. Jom kita layan resepi nasi lemak yang simple, sedap dan wangi dibawah ini.

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan

  • 5 cawan beras (dibasuh)
  • 4 helai daun pandan
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu kecil garam
  • pati santan secukupnya

Resepi ini berkaitan dengan:

Cara masak nasi lemak

  1. Kukus air dalam periuk pengukus.
  2. Letakkan beras yang telah dibasuk ke atas loyang, dan pindahkan loyang ke dalam periuk pengukus.
  3. Buat beberapa lubang pada beras supaya masak sekata.
  4. Kukus beras selama 20 minit hingga separuh masak.
  5. Angkat beras dan rendam dengan air selama 3-4 jam supaya ia memanjang 2 kalinya.
  6. Setelah itu, kukus beras semula selama 15 minit hingga betul betul masak.
  7. Angkat nasi yang telah masak.
  8. Masukan santan, garam bawang merah dan hirisan halia bersama nasi.
  9. Kacau rata dan biarkan ia selama 10 minit hingga santan menyerap ke dalam beras.
  10. Carik carikan daun pandan dan tabur di atas nasi.
  11. Akhir sekali, kukus nasi semula lagi kali ketiga selama 10 minit hingga nasi nampak berderai dan santan sudah terserap.

Resepi nasi lemak biasa di makan pada waktu pagi. Tetapi anda boleh juga makan pada waktu tengahari, petang dan malam hari. Nasi lemak menjadi makanan popular dan ringkas oleh warga kota yang sibuk. Memang nasi lemak mengandungi lebih banyak lemak daripada yang kita perlukan, tetapi ia menjadi sarapan seimbang yang mengandungi manganese, protein dan karbohidrat. Sebaiknya anda tanak biasa nasi lemak kerana ia lebih sedap dan tiada kerak.

Resepi Nasi Lemak | | 4.5