Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam Terengganu

Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam Terengganu – Hello jumpa lagi di MalayaDaily.com, hari ini saya akan kongsikan cara membuat nasi lemak terengganu dan gulai ayam. Perkongsian ini saya suka cuba setiap menjelang hari raya. Tak sanggup memang memasak juadah untuk makan tengahari dan malam hari menjelang hari raya. Oleh itu, saya lebih suka juadah berasaskan nasi minyak yang simple.

resepi nasi minyak

Dahulu saya tercari-cari resepi nasi minyak yang lain daripada yang biasa ibu saya gunakan. Yang ini memang lebih sedap walaupun tidak ketara daripada nasi minyak keluarga kami sebelumnya. Resepi nasi minyak terengganu adalah makanan yang sangat popular untuk masyarakat Malaysia. Nasi minyak biasanya disediakan pada majlis kenduri kahwin sebagai sarapan pagi.

Resepi Nasi Minyak Terengganu

Bahan nasi

  • 1 kg beras siam (dibersihkan dan toskan)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 4 ulas bawang putih (dimayang)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 1 helai daun pandan (dihiris)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar marjerin
  • 125 ml susu cair
  • 1.25 liter air
  • garam secukupnya

Bahan tumis

  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kuli kayu manis

Cara masak nasi minyak

  1. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan marjerin.
  2. Tumis bahan tumis, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga naik bau.
  3. Masukkan air dan kacau hingga rata, biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan beras, susu cair dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali, kacau nasi hingga rata dan biarkan hingga masak.

Resepi Ayam Gulai

Bahan ayam gulai

  • 1 ekor ayam (dipotong)
  • 3 biji kentang (dibelah)
  • 3 sudu besar rempah gulai (dibancuh air)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar kerisik
  • 125 ml santan pekat
  • gula melaka, gula, dan garam secukupnya
  • air secukupnya

Bahan kisar

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup

Bahan tumis

  • 1 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis

Cara masak gulai ayam

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis bersama cili giling, biarkan hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga garing.
  3. Apabila sudah garing, masukkan rempah gulai yang telah dibancuh, kacau hingga rata dan naik minyak.
  4. Masukkan ayam, kentang dan air asam jawa, biarkan masak seketika.
  5. Masukkan santan pekat dan kacau hingga mendidih.
  6. Perlahankan api supaya ayam masak lembut.
  7. Masukkan garam, gula melaka, dan gula secukup rasa dan biarkan hingga mendidih dan kuah pekat.

Itu sahaja resepi nasi minyak ayam gulai terengganu. Hidangkan nasi minyak bersama gulai ayam, acar dan sambal. Semoga ini dapat membantu anda yang sedang kebingungan hendak memasak. Agak-agaklah untuk menjamu selera beberapa orang.

Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam Terengganu | admin | 4.5