Resepi Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato – Hello jumpa lagi di MalayaDaily.com, hari ini saya akan kongsikan cara membuat nasi tomato, ayam masak merah dan acar timun. Perkongsian ini memang sudah sinonim dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sejak zaman ibu bapa, sudah ada pelbagai macam nasi berperisa, mula dari nasi minyak, nasi lemak, nasi hujan panas, dan nasi tomato.

resepi nasi tomato

Sudah lama saya tak masak nasi berperasa. Kebelakangan ini mula cuba masak sendiri nasi yang ada perasa untuk makan kami sekeluarga. Sesekali tukar selera dari makan nasi putih sahaja. Anak-anak memang kurang suka makan nasi yang ada warna, mereka lebih suka makan nasi putih. Tetapi sekarang sudah mula suka, sering mereka nak tiba-tiba minta buatkan nasi berperasa bila jemu makan nasi putih.

Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras (dibersihkan dan toskan)
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 160 gm tomato puree (dalam tin)
  • 190 gm minyak sapi (boleh guna 8 sudu besar marjerin)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1,8 L air kiub pati ayam

Bahan kisar

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 hiris halia

Cara masak nasi tomato

  1. Cairkan minyak sapi dan tumis rempah-rempah selama 1-2 minit dengan api sederhana.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menumis hingga masak.
  3. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
  4. Kecilkan api dan tuang tomato puree, biarkan mendidih perlahan.
  5. Masukkan beras dan kacau rata selama 1-2 minit.
  6. Masukkan air rebusan kiub pati ayam dan garam secukup rasa, biarkan meresap ke dalam beras.
  7. Kecilkan api dan tanak nasi dengan bertutup hingga masak.

Resepi Ayam Masak Merah

Sebenarnya saya telah kongsi resepi ayam masak merah di entri lain, tetapi apabila nak cuba resepi lain, sila cuba dibawah ini.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dicuci bersih)
  • 1 labu bawang (dipotong gelang)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar

  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 4 biji tomato (dipotong baji)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 inci halia (dikisar)

Cara masak ayam masak merah

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga masak.
  2. Tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  4. Gaul hingga sebati dan padamkan api.

Resepi Acar Timun

Bahan-bahan

  • 2 biji timun (dibuang kulit dan potong kecil)
  • 1 biji nenas (dibuang kulit dan potong kecil)
  • 4 biji cili padi (dihiris)
  • 1 batang cili hijau (dipotong mancis)
  • 1 batang lobak merah (dipotong mancis)
  • 2 labu bawang besar (dihiris)
  • 10 camca besar cuka masakan
  • garam dan gula secukup rasa

Cara buat acar timun

  1. Satukan timun dan nenas ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan lobak merah, cili padi dan cili hijau.
  3. Tambahkan cuka masakan dan gaul semua bahan hingga rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Itu sahaja resepi nasi tomato bersama ayam masak merah dan acar timun. Letakkan semua di atas pinggan. Tambahkan daun saderi dan bawang goreng sebagai hiasan.

Resepi Nasi Tomato | | 4.5