Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

MalayaDaily.comResepi Puding Karamel Tanpa Telur – Semasa anak sekolah, stok makanan mesti senantiasa ada kat rumah. Teringin nak makan puding tapi tidak tahu nak buat puding apa. Saya tengok di peti ais ada agar-agar serbuk, terfikir pula buat puding karamel. Apabila sudah bercakap pasal puding karamel, mesti ramai yang menggemari makanan ini. Cara membuat puding karamel ini pun mudah kerana ia tidak perlu dibakar atau dikukus, hanya sejukkan di dalam peti ais hingga beku.

resepi puding karamel tanpa telur

Saya pernah membuat puding karamel tanpa telur dan guna telur. Rasanya tekak saya lebih suka makan puding karamel tanpa telur. Cara membuat puding karamel ini pun senang sahaja. Resepi masakan yang saya kongsikan disini semua simple-simple sahaja. Bahan pun tidak ada yang susah nak cari. Resepi ini sangat femes masa dahulu. Saya sendiri sudah mencuba beberapa kali, tapi masa itu saya masih belum mempunyai blog ini.

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar serbuk 10 gm
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara buat puding karamel tanpa telur

  1. Untuk membuat gula hangus, taburkan 1/2 cawan gula pasir ke dalam loyang menggunakan api kecil hingga gula menjadi perang, ratakan keseluruhan loyang. Ketepikan.
  2. Satukan agar-agar serbuk, susu pekat manis, air, susu cair, tepung kastard, gula pasir dan esen vanilla.
  3. Kacau selalu adunan supaya tepung kastard tidak bergentel.
  4. Apabila adunan sudah menggelegak dan kelihatan sedikit pekat, tutup api dan tapiskan.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah diisi gula hangus tadi.
  6. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras.

Itu sahaja resepi puding karamel tanpa telur guna sukatan cawan. Puding ini sangat sedap dimakan semasa sejuk. Pencuci mulut ini sangat sesuai untuk orang yang kurang gemar makan puding menggunakan telur atau sensitif kepada rasa hanyir telur. Ia mempunyai tekstur yang cantik, licin dan lembut.

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur | | 4.5