Resepi Puding Roti Bakar Sukatan Cawan

Resepi Puding Roti Bakar Sukatan Cawan РHello berjumpa lagi di MalayaDaily.com, hari ini saya akan kongsikan satu resepi kuih muih yang sedap dan simple, iaitu puding roti. Entah sejak kapan saya lebih berminat nak buat kuih muih berasas tepung gandum. Selepas melihata ada keping roti, terfikir juga  saya nak cuba buat puding roti. Terdapat pelbagai versi dalam membuat puding roti, mula dari yang dibakar dan dikukus.

resepi puding roti bakar

Tentu anda selalu teringin buat makanan spesial untuk keluarga anda. Puding roti bakar ini memang lazat macam makan kat kedai. Pertama kali saya menyediakan puding roti ini semasa diberikan satu buku masakan oleh keluarga saya. Ia telah mencuba buat puding roti bakar dari buku masakan tu, semasa saya cuba rasanya sedap. Resepi ini sangat mudah membuatnya, anda boleh cuba sendiri dengan beberapa keping roti. Hari ini saya kongsikan resepi puding roti bakar untuk hidangan keluarga. Pasti mereka suka.

Resepi Puding Roti Bakar

Bahan-bahan

  • 6 keping roti Gardenia (dipotong Cube)
  • 2-3 biji telur (dipukul ringan)
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula kaster
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit kismis
  • sedikit serbuk kayu manis

Cara buat puding roti bakar

  1. Panaskan susu segar di dalam periuk hingga hampir mendidih.
  2. Masukkan roti dan kacau hingga semua roti terendam.
  3. Masukkan mentega, garam dan gula, kacau hingga rata dan biarkan sejuk sedikit.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla, kacau hingga rata.
  5. Selepas itu, letakkan kismis dan serbuk kayu manis.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  7. Letakkan loyang di atas bekas besar yang telah diisi air panas untuk membakar puding secara steam bath.
  8. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180 C selama 45-60 minit.

Itu sahaja resepi puding roti bakar. Mudah je kan buatnya? Saya memang lebih suka puding roti bakar seperti diatas daripada yang menggunakan kuah kastard kerana lebih jimat dan simple. Puding roti bakar sangat sesuai untuk dimakan semasa sarapan dan minum petang. Kalau suka yang kuah kastard, hari lain akan saya kongsikan.

Resepi Puding Roti Bakar Sukatan Cawan | Malaya Daily | 4.5