Resepi Roti Jala Sukatan Cawan Yang Kekal Lembut

Resepi Roti Jala Sukatan Cawan Yang Kekal Lembut – Hello jumpa lagi di MalayaDaily.com, hari ini saya akan kongsikan cara membuat roti jala yang kekal lembut hingga petang. Makanan ini sangat sesuai dimakan bersama kari ayam dan gulai ayam. Kebetulan kemarin saya dah masak gulai ayam untuk acara majlis. Memang terbaik resepi ini kerana ia boleh membuat roti jala masih kekal lembut hingga petang.

resepi roti jala

Saya memang hubby memasak untuk keluarga. Setiap awal bulan saya mesti menghidangkan masakan yang di request anak-anak. Tetapi akhir-akhir ini saya dah tak makan nasi, kerana berat badan sudah tak stabil dan kadar gula di dalam darah cukup tinggi. Bila memasak lauk pauk saya mesti ganti nasi dengan makanan laik seperti roti jala. Nasi memang bukan menjadi satu keperluan masyarakat, tetapi hanya lebih kepada kebiasaan.

Sebenarnya sudah banyak yang share cara buat roti jala yang sedap dan mudah di Google, tapi kerana yang ramai dicari masa ini adalah yang kekal hingga petang. Walaupun dalam resepi ini menggunakan santan/susu, tetapi ia tidak kalah tahan lama dengan yan tidak menggunakan santan/susu. Saya masih setia menggunakan resepi ini di rumah.

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan susu segar/santan
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning

Cara buat roti jala

  1. Blend tepung gandum, telur, susu segar, garam, dan pewarna kuning hingga sebati.
  2. Cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan, kalau tidak putus-putus sudah boleh anda jala di atas kuali.
  3. Gunakan kuali non stick (kalau guna kuali biasa, mesti yang tak melekat).
  4. Tambahkan sedikit air kalau pekat.
  5. Selepas jala di atas kuali, biarkan beberapa saat hingga masak.
  6. Kalau dah masak, tidak payah dibalik, angat dan gulung.

Itu sahaja resepi roti jala yang kekal lembut. Selalu ingat tips utamanya, pastikan sebelum anda menjala pada kuali, adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar, bukan menitis. Jika menitis, bermakna adunan anda terlalu pekat. Sila tambahkan sedikit air dan kacau semula.

Resepi Roti Jala Sukatan Cawan Yang Kekal Lembut | | 4.5