Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Goreng

MalayaDaily.comResepi Sambal Tumis Ikan Bilis Goreng – Sambal tumis ikan bilis sangat ramai dimasak oleh kebanyakan masyarakat Malaysia, terutama untuk dihidangkan bersama nasi lemak. Namun begitu, masih ramai orang yang tak boleh menghasilkan sambal tumis yang sedap. Sebenarnya tidak susah menghasilkan sambal tumis yang sedap, hanya sahaj teknik semasa memasak yang mesti betul. Ada tiga perkara yang sangat diutamakan, iaitu cili kisar mesti betul-betul garing, bawang besar mesti banyak, dan gula mesti lebih. Untuk bahan lain seperti biasa sahaja.

resepi sambal tumis ikan bilis goreng

Untuk masak sambal tumis ikan bilis ni boleh ikut suka hati. Anda boleh masak lebihkan minyak, boleh tambah air jika suka sambal sedikit cair, boleh juga masak kering. Kepada yang tidak suka pedas, masak sambal yang telah garing agak lama hingga bertukar warna agak gelap. Sebelum blend cili, pastikan anda buang biji cili. Caranya gunting cili kecil-kecil kemudian ramas menggunakan surat khabar. Kemudian cuci bersih cili kering dan rebus hingga kembang.

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Goreng

Bahan-bahan

  • 1 cawan bilis (dikopek)
  • 20 helai cili kering (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji bawang kecil (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cawan minyak masak
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara masak sambal tumis ikan bilis goreng

  1. Goreng ikan bilis hingga garing, lepas itu keluarkan ikan.
  2. Masukkan cili kering, bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan gula secukup rasa.
  3. Tumis lama hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan bawang besar yang telah dihiris, air asam jawa dan garam secukup rasa.
  5. Kacau semula hingga kering dan sambal berwarna gelap.
  6. Masukkan sedikit air dan ikan bilis yang telah digoreng tadi, kacau hingga rata.

Itu sahaja resepi sambal tumis ikan bilis goreng. Sambal bilis sangat sesuai dimakan dengan apa sahaja, lebih sedap dimakan bersama nasi lemak, lontong, mee goreng dan bihun goreng. pastikan anda mempunyai bawang yang mencukupi. Kalau kurang bawang, semasa menumis cili tidak ada bau wangi dan rasa sambal pun kurang sedap.

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Goreng | | 4.5