Resepi Tart Nenas Gulung Gebu

Resepi Tart Nenas Gulung – Hello jumpa lagi bersama saya di MalayaDaily.com, hari ini saya akan kongsikan cara membuat tart nenas gulung yang gebu dan rangup. Kebelakangan kuih raya ini memang menjadi menu popular di masyarakat Malaysia. Ia mempunyai rasa yang gebu, sedap dan cair di mulut. Sangat berbaloi untuk mencuba buatnya kat rumah kerana ramai disukai. Sejak beberapa tahun ini tart nenas gulung selalu saya hidangkan untuk kuih raya di rumah.

resepi tart nenas gulung

Resepi tart nenas gulung memang ramai yang sudah kongsi kongsi terutama bila dah nak hari raya. Saya perhatikan tart nenas ni memang laris dan dicari cari. Banyak blog dan buku masakan yang kongsi cara buat kuih raya sedap. Kali ini saya hanya kongsi tart nenas gebu yang memang saya sediakan untuk hari raya baru ini. Saya pelajari resepi ini dari kawan saya di Universiti dahulu. Kawan saya ini memang setiap tahun menyediakan biskut tart nenas. Rugi tak cuba sendiri. Saya sendiri lebih suka makan tart nenas berbanding dengan yang lain.

Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan

  • 125 gm butter
  • 2 biji kuning telur (1 untuk tart dan 1 untuk disapukan)
  • 1 3/4 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/4 cawan tepung jagung (diayak)
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar tepung kastard (diayak)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan jem nenas

  • 2 biji nenas (diparut dan toskan airnya)
  • 1 batang kayu manis
  • 600 gm gula
  • 2-3 titik pewarna kuning

Cara buat tart nenas gulung

  1. Mula-mula kita buat jem nenas dengan cara memasak nenas yang telah diparut bersama gula.
  2. Bila sudah hampir kering, masukkan kayu manis dan pewarna kuning, masak dengan api sederhana hingga agak kering.
  3. Sekarang kita akan buat tart gulungnya, pukul butter bersama gula hingga berkrim dan berwarna putih.
  4. Masukkan minyak sapi, 1 biji kuning telur dan garam secukupnya, kacau hingga sebati.
  5. Masukkan secara perlahan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard yang telah di ayak hingga doh lembut. Biarkan sekejap.
  6. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama ini nenas yang digentel kecil membujur.
  7. Letakkan tart di atas loyang yang sudah dilapik baking paper atau sudah disapu mentega.
  8. Kacau sebati kuning telur bersama setitik pewarna kuning dan air dan sapukan diatas tart.
  9. Akhir sekali, masukkan loyang ke dalam oven pada suhu 175 C selama 25 minit hingga tart nenas masak dan berwarna kekuningan.

Itu sahaja resepi tart nenas gulung. Bila doh agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit sedikit hingga doh menjadi lebih lembut dan senang untuk diterap.

Resepi Tart Nenas Gulung Gebu | admin | 4.5